Pemaju Syarikat Lebuhraya WCE & JKPTG tukar penjanjian pampasan?
SHAH ALAM, 3 MEI 2023 – Seramai 50 orang wakil penduduk di Kampong Jawa membuat perhimpunan secara aman di hadapan pintu bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hari ini.
Tujuan perhimpunan ini adalah untuk menyatakan perasaan dan hak- hak mereka selepas proses pengambilan tanah dilakukan oleh pihak Pentadbir Tenaga dan Galian (JKPTG) dalam pembangunan projek lebuhraya Persisiran Pantai Barat ( Taiping – Banting) Seksyen 3 dari Persimpangan NKVD/FHR – Mukim Klang, Daerah Klang.
Dalam proses ini, pengambilan tanah-tanah telah berlaku di sepanjang lot 15760, 15771, 10433, 9896, 9879, 9897 dan 15762.
Aktivis Sosial, Dato’ Dr Kalai Valar berkata, penduduk Kg Jawa telah membayar Cukai Taksiran untuk lot selama beberapa tahun sebelum tanah tersebut diwartakan (sebelum 2015).
“Penduduk telah dijemput untuk perbincangan oleh JKPTG dan Borang H telah dikeluarkan dengan pemberitahuan akan membayar 8% sebagai bayaran penalti dan akan dibayar selepas 3 bulan Borang H dikeluarkan sehingga bayaran penuh dibayar.
“Sebelum ini, satu perbincangan telah diadakan di Hotel Premier, Klang dengan kehadiran wakil Ahli Parlimen Kota Raja, ADUN Sentosa, Encik Azmi bin Jusoh, pihak JKPTG, Encik Othman bin Mat Husain bersama penduduk yang mengaku akan bayar segala pampasan untuk tanah dan bangunan.
“Namun, janji tinggal janji, warta baru pula dikeluarkan dengan alasan pembayaran pampasan mengikut ‘ukuran luas tanah’.
“Kami dimaklumkan bahawa Borang H akan ditarik balik dan akan dikeluarkan Borang LC bagi memuktamadkan pampasan.
“Setelah itu, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pentadbiran tanah dan galian mengatakan bahawa ‘tiada pampasan bagi bangunan, tiada bayaran kos pemindahan dan kos kehilangan pendapatan.
“Kami berharap agar YAB Menteri Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dapat membantu pihak penduduk-penduduk yang terkesan di Kampong Jawa, Klang menyelesaikan isu pampasan ini. -UTVMediaMsia