Bukan Sekadar Anugerah, Tetapi Amanah: IDEA Award 2025 Tanda Kejayaan Berteraskan Islam

PUTRAJAYA, 25 Mei 2025 – Islamic Distinguished Enterprise Award (IDEA) 2025, edisi kedua yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Hotel Le Meridien Putrajaya, sekali lagi mengangkat martabat usahawan Islam yang menggabungkan kejayaan perniagaan dengan prinsip Syariah.
Majlis berprestij ini dianjurkan oleh KNKV Group dan diiktiraf secara rasmi oleh Dewan Perniagaan Muslim Insiders, dengan kerjasama strategik daripada CTOS Data Systems, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak (HWAM), serta Yayasan Mihrab.

IDEA Award menjadi platform penting dalam memartabatkan ekonomi Islam bertaraf antarabangsa, dengan penyertaan tokoh dan jenama global seperti Muslim Pro (Singapura), Human Appeal (Australia) dan ZTE (China).


Dalam ucapan perasmian, Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menegaskan bahawa IDEA Award merupakan satu panggilan kepada semua usahawan untuk menjadikan nilai Islam sebagai teras operasi harian mereka.
“Model ekonomi Islam bukan sahaja etikal, malah terbukti mampan. Kestabilan jangka panjang dalam perniagaan adalah kunci kejayaan sebenar,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi KNKV Group, Datuk Seri Dr. Zurainah Binti Musa menegaskan bahawa anugerah ini membawa tanggungjawab besar sebagai amanah kepada para penerima.
“Islamic Distinguished Enterprise Award bukan sekadar pengiktirafan, tetapi juga lambang kepimpinan yang menghubungkan pelbagai budaya, industri dan nilai kemanusiaan.”
Prof. (Adj) Hj Adam Richman, Presiden Dewan Perniagaan Muslim Insiders, pula menjelaskan bahawa sistem penjurian menggunakan CTOS mencerminkan prinsip tabayyun yang disebut dalam Surah Al-Hujurat, memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam pemilihan pemenang.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Negeri Sembilan, Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar, sebagai simbol perpaduan antara tradisi dan aspirasi ekonomi Islam moden.
Antara penerima anugerah berprestij IDEA Award 2025 adalah seperti berikut:
GOLD TROPHY
One Doc x Hair Doc
Jasmine
Kinohimitsu
Ajinomoto
ZTE
Keedsflix International
MStar
Mamee
Saudia Airlines
Muslim Pro
Saji / FGV
Human Appeal
Sugarbomb
Mahsa Health
Ikhlas.com
Perry Smith
MBG Fruits
Medivest
LBS Bina
Astro
AEON Bank
SILVER TROPHY
Love & Laugh International
PEKEMA X Dongfeng
Mudim
XES Shoes
International Islamic University Malaysia
She Dazzle
Tatagaltier
V’Asia Cosmetic & Healthcare
Sri Sutra Travel
Origina
Teedo Hotel
Dr. Nazelia Clinic
Lizza Creations
Al Kauthar Eduqids
Andalusia Travel & Tours
HEXA
Baycom
NIMS
Fipper Slipper
PZS
EKA
Mak’cik
Sardin Viral’d Heritage
GB Gold
Reskills
Raja Perfume Malaysia
Kedai Emas Syamsul
EZ Qurban
Minaz Collection
Bon Zainal Boutique
IDEA 2025 bukan sekadar majlis anugerah, tetapi merupakan satu gerakan memperkukuh ekonomi ummah yang berasaskan nilai Islam dan berwawasan global.
Maklumat lanjut dan pendaftaran untuk IDEA 2026 boleh diperoleh di: https://ideaaward.com.my





