KUALA LUMPUR, 7 April 2026 – Pengerusi FELDA , Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ia adalah langkah pertama seumpamanya di dunia, bagi menangani cabaran kos subsidi diesel dan keselamatan tenaga negara berbanding diesel campuran lain. B100 menggunakan minyak sawit sepenuhnya tanpa campuran hidrokarbon atau bahan kimia tidak boleh diperbaharui.


Menurutnya Bio Diesel ini bukan sahaja mesra alam dan boleh diperbaharui, malah diyakini tidak merosakkan enjin kenderaan. Ujian B100 selama 15 bulan menunjukkan prestasi stabil, termasuk di kawasan berbukit dan sejuk, dengan jarak perjalanan lebih RM50,000 km tanpa sebarang masalah teknikal.
Menurut laporan industri, kos Bio Diesel B100 boleh diperoleh sekitar RM4.40–RM4.50 per liter, jauh lebih rendah berbanding harga pasaran B7 (RM6.20) dan B10 (RM6.02). Dengan pengeluaran bulanan minyak sawit mentah negara mencecah RM20 juta tan, ia mampu menampung keperluan diesel nasional sekitar RM6 juta tan, menjadikannya alternatif yang mampu mengurangkan tekanan kos subsidi yang kini meningkat kepada RM6 bilion sebulan berbanding RM700 juta sebelum ini.

Jelasnya langkah awal ini akan dilaksanakan dalam ekosistem Felda, di mana semua kenderaan Felda akan menggunakan B100, bagi membuktikan praktikaliti diesel berasaskan sawit kepada pengguna.
Selain itu, kerajaan sedang mempertimbangkan dasar jangka panjang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran diesel sawit, termasuk memberi insentif kepada sektor swasta, memperluaskan bilangan stesen minyak yang menyediakan B100, dan memastikan ketersediaan diesel selaras dengan permintaan industri.
B100 dijangka menjadi jawapan kepada dua cabaran utama sektor tenaga: kebolehcapaian (availability) dan kemampuan membeli (affordability), sekaligus meletakkan Malaysia di landasan yang lebih mapan dalam tenaga lestari.



