Hari Usahawan Negara 2025: Menyatukan Usahawan Tempatan dan Antarabangsa

  • August 15, 2025
  • 3 min read
Hari Usahawan Negara 2025: Menyatukan Usahawan Tempatan dan Antarabangsa

Kuala Lumpur, 2025 – Hari Usahawan Negara 2025 (HUN2025) menyediakan platform menyeluruh bagi usahawan dari dalam dan luar negara untuk memperluas jaringan ekonomi, melibatkan sektor import, eksport, pelancongan, kebudayaan, makanan warisan, perindustrian, pertanian, pelaburan, dan perkhidmatan hingga ke peringkat antarabangsa.

Acara akan berlangsung pada 11 – 16 September 2025 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 malam.

Menurut penganjur, Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia. (DPUM) Dato Seri Abu Hassan Mohd Nor berkata, konsep acara memecahkan zon tradisional dengan memperkenalkan Zon Antarabangsa, Zon Lokal, dan Zon Usahawan Kecil, termasuk peniaga warung dan perniagaan mikro. Ini membolehkan peserta kecil berkongsi ruang dengan usahawan besar, memeriahkan suasana, dan membuka peluang jaringan perniagaan yang lebih luas.

“Hari Usahawan Negara 2025 menampilkan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk kosmetik, pakaian, aksesori, makanan, perkhidmatan hiasan dalaman, pembinaan, dan peralatan pembuatan. Pameran antarabangsa menarik penyertaan daripada negara-negara serumpun seperti Indonesia, China, Vietnam, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Pakistan, India, dan Timur Tengah, dengan China sebagai peserta terbanyak membawa lebih 200 lot produk.” katanya.

Datin Ruby, Pengarah Urusan Ruby Travel And Tours, yang dilantik sebagai penyelaras logistik program, menjelaskan bahawa “Ruby Travel And Tours bertanggungjawab memastikan peserta antarabangsa dibawa dari hotel ke lokasi program dengan lancar.

Ruby Travel And Tours turut memperkenalkan konsep “Education Travel”, di mana peserta bukan sahaja melancong tetapi turut memperoleh pendidikan, sijil, atau pengalaman pembelajaran.

Datin Ruby menambah, “Kami berusaha mencipta sesuatu yang di luar kotak, menggabungkan pelancongan dengan pendidikan supaya peserta dapat belajar sambil merasai pengalaman tourism di Malaysia.”

Selain itu, syarikat juga mempromosikan Medical Tourism, memperkenalkan hospital dan perkhidmatan kesihatan Malaysia kepada negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. “Dengan pendekatan ini, kita bukan sahaja mempromosikan pelancongan tetapi juga meningkatkan pengetahuan peserta tentang perkhidmatan kesihatan tempatan,” jelas Datin Ruby.

Bagi menarik minat Generasi Z, Datin Ruby menekankan penggunaan media sosial sebagai platform utama. “Zaman sekarang semua tahu melalui media sosial bagaimana cantiknya Malaysia. Kita mahu golongan muda terlibat, bukan sahaja melancong tetapi juga belajar dan mungkin menjadi usahawan dalam sektor pelancongan,” katanya.

Antara aktiviti utama Hari Usahawan Negara 2025 termasuk:

Makan malam & Anugerah Usahawan

Ekspo dengan 1,000 lot pameran dari dalam dan luar negara

Jualan Agro Madani daripada ladang FAMA

Aktiviti kemasyarakatan & pertandingan mewarna untuk kanak-kanak

Cabutan nombor bertuah (Grand Prize: Basikal lipat Brighton bernilai RM28,000)

Fun Run sempena Hari Malaysia

Persembahan artis & hiburan

Forum & simposium keusahawanan dalam dan luar negara

Jaringan dua hala & MoU antarabangsa

Peningkatan eksport produk usahawan Malaysia

Pendedahan masyarakat terhadap program keusahawanan terkini

Dengan kolaborasi ini, Hari Usahawan Negara 2025 bukan sahaja memfokus kepada promosi produk, tetapi turut memberi ruang kepada usahawan tempatan dan antarabangsa memperluas jaringan, meningkatkan eksport, serta menyatukan pelancongan, pendidikan, dan peluang perniagaan dalam satu platform yang memberi manfaat ekonomi kepada negara. Jom datang beramai-ramai dalam meraikan Hari Usahawan Negara 2025!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *