KESS Raikan “Malam Untukmu Gaza” – The Helmis Dilantik Duta Syiling Emas Khas ‘Untukmu Gaza’

JENGKA, 24 Oktober 2025 – Sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin, Kedai Emas Sri Semantan (KESS) bakal menganjurkan majlis istimewa “Malam Untukmu Gaza – Kilauan Semantan, Harapan Gaza” pada Jumaat, 24 Oktober ini, jam 9 malam bertempat di perkarangan KESS Cawangan Jengka, Pahang, bersempena pembukaan rasmi cawangan ketiga jenama itu.


Majlis ini akan menjadi saksi kepada pelancaran syiling emas khas edisi ‘Untukmu Gaza’ serta pelantikan rasmi pasangan artis dan aktivis kemanusiaan, The Helmis (Heliza Helmi & Hazwani Helmi) sebagai duta syiling khas KESS.
Kombinasi Emas, Empati dan Kemanusiaan
Ketua Pegawai Eksekutif KESS, Mohd Hafizal Haji Mahmood, berkata pelantikan The Helmis mencerminkan komitmen syarikat dalam menggabungkan elemen keusahawanan dan kemanusiaan di bawah satu misi yang memberi makna kepada masyarakat.

“Kami percaya keindahan rezeki bukan diukur pada keuntungan semata-mata, tetapi sejauh mana ia memberi makna kepada orang lain. Syiling ‘Untukmu Gaza’ ini bukan sekadar produk emas — ia simbol perpaduan dan solidariti rakyat Malaysia terhadap perjuangan saudara kita di Gaza,” katanya pada sidang media di Saloma KL, hari ini.
Tambahnya, program ini bukan sekadar majlis pelancaran atau hiburan, tetapi wadah untuk menyemai nilai empati, cinta dan kesedaran kemanusiaan, khususnya dalam kalangan generasi muda.
“Kami mahu rakyat Malaysia, terutama anak muda, sedar bahawa keamanan yang kita kecapi hari ini harus digunakan untuk membantu mereka yang sedang berjuang demi hidup,” ujarnya.


Sumbangan untuk Gaza dan Pengisian Malam Amal
Sebahagian hasil jualan Syiling Emas Khas ‘Untukmu Gaza’ akan disalurkan kepada rakyat Palestin melalui kerjasama dengan NGO Cinta Salam Malaysia, yang diterajui Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, seorang peserta misi kemanusiaan Sumud Nusantara Flotilla.
Antara pengisian pada malam tersebut termasuk:
Solat hajat dan doa perdana untuk Gaza
Persembahan qasidah dan nasyid
Persembahan istimewa oleh Raihan, Mawi, The Helmis, dan Dr Sam Rasputin
Penyampaian sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Gaza
KESS turut menegaskan bahawa inisiatif ‘Untukmu Gaza’ akan diperluas ke semua cawangan di seluruh negara sebagai komitmen jangka panjang syarikat terhadap perjuangan kemanusiaan global.



Suara Dari Lapangan – The Helmis
Pasangan duta kemanusiaan, Heliza dan Hazwani Helmi, turut berkongsi rasa syukur atas pelantikan tersebut.
“Insya-Allah, kami akan berkongsi kisah perjalanan misi dan semangat luar biasa rakyat Palestin yang menjadi inspirasi kami. Lagu baharu kami, Mengukir Takdir, dirakam sebelum misi tersebut dan benar-benar menyentuh hati,” ujar Heliza.
Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap kerjasama erat bersama KESS dan Cinta Salam Malaysia dalam memastikan hasil inisiatif ini sampai kepada yang memerlukan.
“Apa yang kami mampu lakukan adalah berkongsi kisah dan pengalaman agar lebih ramai rakyat Malaysia tersentuh dan turut menyumbang untuk Palestin, Insya-Allah,” katanya lagi.
Menyemai Kesedaran Kemanusiaan
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Salam Malaysia, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, pula menyifatkan langkah KESS sebagai cerminan kesedaran kemanusiaan yang semakin berkembang di Malaysia.
“Apabila sebuah jenama tempatan seperti KESS tampil dengan inisiatif sebegini, ia menunjukkan kesedaran rakyat Malaysia semakin mendalam terhadap penderitaan di Gaza,” katanya.
Beliau, yang turut menyertai misi bersama artis seperti Ardell Aryana, PU Rahmat, Haroq, dan Zizi Kirana, menambah bahawa penglibatan figura seni memberi impak besar dalam membina empati nasional terhadap perjuangan Palestin.
“Kehadiran mereka bukan sekadar simbolik, tetapi usaha membawa kisah kemanusiaan ini lebih dekat ke hati rakyat Malaysia. Dan malam ini, semangat itu diteruskan oleh KESS,” ujarnya.
Majlis Dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Syed Ibrahim
Majlis “Malam Untukmu Gaza – Kilauan Semantan, Harapan Gaza” akan dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad,
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.