Labola Ultimate Vacation (LUV) mengadakan kunjungan rasmi ke Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam bersama delegasi dari ASITA Riau. Turut serta dalam kunjungan ini ialah Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA).

Dato Muhammad Nasir bin Hamzah, Timbalan Pengerusi, Kumpulan Media Karangkraf telah menyambut baik kehadiran rombongan ini dengan membawa mereka melawat kilang mencetak Al Quran.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Labola Ultimate Vacation, En Hamdan bin Hashim, lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman bagaimana Al Quran itu di cetak.

Kolaborasi bersama ASITA Riau, MATA dan Kumpulan Media Karangkraf ini menandakan permulaan kepada pelbagai program strategik yang bakal dilaksanakan bersama, terutamanya dalam memperkukuh jaringan pelancongan umrah serta inisiatif pengedaran al-Quran di seluruh Nusantara, membabitkan Malaysia dan Indonesia.
Sebelum ini deligasi ASITA Riau telah dibawa oleh Labola Ultimate Vacation ke Negeri Melaka.



Rombongan telah diberi penginapan Percuma di Lisbon Hotel, Melaka dan pihak Tourism Melaka pulak telah sudi menaja 20 tiket untuk menaiki Cruise.
Rombongan dari ASITA Riau mengadakan lawatan di Malaysia selama empat hari dan lebih menumpukan lawatan ke Melaka, Kuala Lumpur dan Genting Highlands.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Seri Dr Khalid bin Harun mencadangkan agar ASITA Riau memasukkan lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf dalam pakej Pelancongan ke Malaysia.



Beliau turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf atas kesudian menerima kunjungan ini.
Pengerusi ASITA Riau Tuan Dede Firmansyah
Memaklumkan bahawa lawatan ke kompleks percetakan al-Quran di Kumpulan Media Karangkraf dapat menyaksikan sendiri proses percetakan al-Quran sebagai sesuatu yang luar biasa dan memberi inspirasi kepada peserta rombongan dari Riau untuk membawa pelancong sendiri melawat dan memperkenalkan pakej menarik ke Malaysia.


Beliau juga amat berbangga dan memuji kejayaan penerbitan Akhbar Sinar Harian telah membuktikan komitmen syarikat itu dalam memperkasa media Islam dan dakwah.
Beliau menyeru kepada usahawan dan pemain industri pelancongan supaya terus mendekatkan diri dengan al-Quran, sambil menegaskan bahawa keberkatan al-Quran akan menjadi asas kekuatan dalam perniagaan.



Majlis kunjungan tersebut dijangka membuka ruang kepada lebih banyak kerjasama strategik antara pemain industri pelancongan Malaysia dan Indonesia pada masa akan datang, khususnya dalam bidang pelancongan berteraskan keislaman dan kebajikan sosial.





