LUPUS SEMUA KEPENTINGAN MULTINASIONAL SWEDEN
Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) mengutuk perbuatan membakar al-Quran oleh
seorang pemimpin berhaluan kanan parti Stram Kurs, Rasmus Paludan di hadapan
Kedutaan Turkiye Sabtu lalu.
Perbuatan itu menunjukkan kebiadapan melampau terhadap kitab suci Al-Quran dan agama
Islam.
Selain dari membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia tindakan tersebut bakal
mencetus keadaan huru-hara agama yang tidak akan berkesudahan.
Agama Islam mengajar umatnya menghormati agama dan kepercayaan lain dan ini tidak
bermakna umatnya hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh jika agama mereka dihina
sebegini rupa.
Sebagai langkah membidas tindakan ini, YPNM menggesa setiap rakyat khususnya yang
beragama Islam melahirkan semangat patriotik mereka dan memberhentikan pembelian
mana-mana barangan dan perkhidmatan daripada Sweden.
YPNM juga menggesa agar mana-mana sayap pelaburan kerajaan melupuskan semua
saham dan kepentingan dalam syarikat-syarikat multinasional dari Sweden.
Di samping itu, YPNM menggesa agar seluruh umat Islam menilai keadaan mereka sendiri
dan memperkukuhkan ukhwah mereka serta membina semula kekuatan melalui ketaqwaan,
penguasaan ilmu dan teknologi.
Cuma dengan ini sahaja umat Islam dapat menggerunkan pihak musuh dan tidak
mencetuskan provokasi-provokasi sebegini.
Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60136116666 (Adi).
Terima Kasih. [TAMAT]