Makan, Hibur & Menang! GF GALAU Food Festival 2025 Janjikan Pengalaman Paling “Havoc” Akhir Tahun Ini!

  • October 30, 2025
  • 2 min read
Makan, Hibur & Menang! GF GALAU Food Festival 2025 Janjikan Pengalaman Paling “Havoc” Akhir Tahun Ini!

Kuala Lumpur, 29 Oktober 2025 — Buat julung kalinya, warga Lembah Klang bakal disajikan dengan sebuah festival makanan dan hiburan paling meriah hujung tahun menerusi GF GALAU Food Festival (GFF), anjuran Gold Field Holding Sdn. Bhd.

Bakal berlangsung selama lima hari bermula 27 hingga 31 Disember 2025 (Sabtu hingga Rabu) di Setia Alam Convention Centre, Selangor, festival ini menjanjikan pengalaman luar biasa yang menggabungkan dunia makanan, gaya hidup, hiburan muzik dan aktiviti keluarga dalam satu destinasi santai dan selamat.

Setia Alam dipilih sebagai lokasi penganjuran kerana kawasan itu kini menjadi tumpuan ramai terutama setiap hujung minggu, dengan pelbagai tarikan gaya hidup dan rekreasi yang sesuai untuk seisi keluarga.

Menurut Encik Azlisham Yusof, Pengurus Acara Gold Field Holding Sdn. Bhd., penganjuran GF GALAU Food Festival bertujuan merancakkan industri makanan tempatan di samping memberikan ruang kepada pengusaha kecil dan sederhana untuk mempromosikan produk mereka menjelang sambutan tahun baharu.

“Kami mahu menjadikan GF GALAU Food Festival sebagai platform santai untuk seluruh masyarakat datang bersama keluarga dan rakan-rakan menikmati pelbagai hidangan menarik, sambil berhibur dalam suasana yang ceria dan selamat,” katanya.

Festival ini menyasarkan 30,000 hingga 40,000 pengunjung sepanjang lima hari penganjuran dengan pelbagai aktiviti menarik yang mampu memikat semua peringkat umur.

Antara tarikan utama yang bakal memeriahkan GFF 2025 termasuk:

🍢 Gerai makanan & minuman tempatan serta antarabangsa

🛍️ Booth jualan dan pameran produk gaya hidup

🎇 Pertunjukan bunga api malam tahun baharu

🎤 Persembahan pentas dan hiburan keluarga

Tidak ketinggalan, konsert artis popular setiap malam menampilkan barisan hebat seperti Kristal, Ways, Exceed, Keena Mentor dan Arca Band, menjanjikan persembahan bertenaga bagi menghangatkan suasana menjelang malam tahun baharu.

Menariknya lagi, pengunjung turut berpeluang menyertai cabutan bertuah istimewa yang menawarkan pelbagai hadiah menarik, antaranya:

🛵 2 unit Scooter EV Bike

🎮 1 unit Sony PlayStation 5 (PS5)

🌬️ 1 unit penghawa dingin

📺 1 unit televisyen 50 inci

🎁 Beberapa hamper bernilai tinggi

Selain menikmati pelbagai hidangan lazat, pengunjung boleh berhibur bersama artis kesayangan, bergambar di zon interaktif dan menantikan kemuncak sambutan malam tahun baharu pada 31 Disember 2025 dengan pertunjukan bunga api spektakular di langit Setia Alam.

GF GALAU Food Festival akan dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam, dengan malam penutup dijangka menjadi antara sambutan tahun baharu paling meriah di Lembah Klang.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk “makan, hibur & menang” di GF GALAU Food Festival 2025 — destinasi wajib akhir tahun ini untuk seisi keluarga dan pencinta hiburan!

✨ Sesiapa yang berminat untuk membuka booth atau jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi Sha di talian 018-325 6339.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *