Mrs Classic Universe & Universe Industry Awards penganjuran acara bertaraf dunia, angkat budaya Malaysia ke pentas antarabangsa.

  • November 29, 2025
  • 3 min read
Mrs Classic Universe & Universe Industry Awards penganjuran acara bertaraf dunia, angkat budaya Malaysia ke pentas antarabangsa.

Kuala Lumpur – Pengasas Mrs Classic Universe & Universe Industry Awards, Ammetta, meluahkan rasa bangga dan terharu apabila pertandingan kecantikan berprestij itu berjaya menghimpunkan peserta berkualiti tinggi dari seluruh dunia dan seterusnya mengangkat imej Malaysia di mata antarabangsa.

Acara gilang-gemilang yang berlangsung selama tujuh hari itu mencapai kemuncaknya dalam sebuah majlis penuh meriah di Hotel Concorde Kuala Lumpur, sekali gus menampilkan Malaysia sebagai tuan rumah berwibawa bagi penganjuran bertaraf global.

Champion
Best National costume

Menurut Ammetta, pertandingan tersebut disertai wakil dari 25 buah negara, termasuk Venezuela, Portugal, Rusia, Perancis, Bulgaria, Jepun, Singapura, Thailand dan Malaysia sendiri.

“Saya sangat gembira berada di sini malam ini. Kami menerima peserta yang begitu berkualiti dari serata dunia. Ini satu penghormatan besar untuk Malaysia,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa penganjuran ini menjadi pembuka tirai kepada persediaan negara menuju Tahun Melawat Malaysia 2026, dengan tujuan mempromosikan budaya, destinasi dan keunikan negara kepada peserta antarabangsa.

Menurutnya Pengasas Antarabangsa ialah Megi Savova dan Loan Karamfilov dari Rusia . Beliau ialah penganjur bersama Previtha Rajah dan Pengasas UNIVERSE Industry awards

“Saya bangga sebagai rakyat Malaysia kerana dapat menganjurkan acara berunsur budaya yang begitu bermakna, dan menonjolkan keindahan serta keunikan Malaysia di pentas dunia,” tambahnya.

Sepanjang program, para peserta dibawa melawat lokasi ikonik seperti Dataran Merdeka, Batu Caves, Tugu Negara dan Central Market, di samping menikmati pelbagai juadah tradisi merangkumi masakan Cina, India, Melayu dan hidangan tempatan lain.

Acara ini turut menyaksikan detik membanggakan apabila Malaysia berjaya memenangi kategori Kostum Nasional, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Dalam majlis sama, Ammetta turut memperkenalkan Universe Industry Awards buat julung kali bagi menghargai sokongan individu serta pihak industri.

Tan Si Jojo
Carol Lim

Turut hadir sebagai tetamu VVIP yang memberikan sokongan penuh kepada acara tersebut ialah Tan Sri Jojo, yang menyerikan lagi majlis dan memperkukuh kredibiliti penganjuran. Tan Sri jojo sempat mengulas dan memberi pandangan berkaitan majlis yang julung kali diadakan di Concorde Kuala Lumpur, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih Concorde.

“Saya berharap tahun depan, jika ada lagi program seperti ini, Concorde sedia menyokong. Concorde sentiasa menyokong aktiviti sebegini kerana ia membantu menaikkan imej hotel dan menarik perhatian pelancong antarabangsa. Tambahan pula, dengan liputan di media sosial yang bakal tular, ramai akan melihat apa yang berlaku hari ini. Program seperti ini mampu meningkatkan nama negara, terutamanya dari segi pelancongan dan kedatangan antarabangsa untuk belajar dan melihat peluang di sini. Dari pihak hotel, terutamanya Concorde, saya sangat bersyukur kerana diberi kepercayaan menjadi tuan rumah. Persediaan semuanya berjalan dengan baik di Concord Ballroom.

Ammetta dalam ucapannya amat berterima kasih kepada Tan Sri Jojo kerana sudi menjadi tetamu Vip malam itu sekaligus menyarungkan selempang kemenangan kepada pemenang.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua tetamu, VVIP, para juri dan penerima anugerah. Sokongan anda amat bermakna. Saya berharap anda akan terus menyokong kami pada tahun hadapan,” ujar Ammetta.

Beliau turut menitipkan pesanan kepada para peserta:

“Ingat, ini hanyalah permulaan. Sebagai ratu, tugas anda adalah menjadi duta negara dan menjadi rakyat yang bangga dengan tanah air masing-masing. Saya sendiri sangat bangga menjadi rakyat Malaysia.”

Ammetta turut merakamkan penghargaan kepada pihak media atas sokongan dan liputan yang konsisten terhadap penganjuran tersebut.

Acara Mrs Classic Universe & Universe Industry Awards terus membuktikan kemampuan Malaysia menjadi tuan rumah kepada program antarabangsa bertaraf premium, sambil mempromosikan budaya, fesyen dan pelancongan negara ke persada dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *