KUALA LUMPUR – Dalam suasana dunia kerja yang makin dipacu oleh kecerdasan buatan (AI), ramai rakyat Malaysia mula risau diri semakin tercicir. Ada yang lama tak belajar, ada yang dah bertahun-tahun tinggalkan bidang IT, ada yang suri rumah dan ada juga graduan yang masih mencari kerja.

Tetapi menurut Pengarah Nexperts Academy, Nazreen Abdul Ghani, semua itu bukan penghalang.
“Jangan takut teknologi. Kita ajar dari kosong. Asalkan ada minat, kita boleh sama-sama buka jalan baru,” katanya.
Nazreen berkata ramai yang rasa diri tak layak belajar AI kerana tak pandai math atau tak pernah coding.
“Math dulu cukup makan pun tak apa. Kita ajar step-by-step sampai faham. Benda yang nampak susah tu sebenarnya boleh jadi senang bila ada orang bimbing,” jelasnya.

Program Pembiayaan: Lulus Peperiksaan, Tak Perlu Bayar Balik
Anda berminat untuk sertai kelas. Daftar dan dapatkan info link dibawah:
Tiktok: https://www.tiktok.com/@nexpertsacademy
Pendaftaran:
https://www.nexpertsgrants.com
Laman Rasmi:
https://www.nexpertsacademy.com
https://www.tiktok.com/@nexpertsacademy
Menurut Nexperts Academy, program tajaan Yayasan Peneraju ini memberi peluang besar kepada Bumiputera, terutama mereka yang nak mula sesuatu yang baru tetapi takut terbeban dengan kos.
Skim pembiayaan yang digunakan ialah Silver Package, iaitu:
- Jika peserta lulus peperiksaan → TIDAK perlu bayar balik
- Jika peserta gagal → barulah ada bayaran balik mengikut kadar yang dinyatakan
Ini memberi ruang kepada peserta untuk belajar tanpa rasa tertekan.
Kursus Yang Ditawarkan (Semua Bermula Dari Zero)
Antara kursus yang paling mendapat sambutan:
1. AI & Machine Learning Bootcamp (30 Hari)
Belajar perkara asas AI, Python, Machine Learning, analisis data dan cara bina model AI.
2. CompTIA Network+ (5 Hari)
Sesuai untuk mereka yang nak masuk bidang rangkaian komputer dan sokongan IT.
3. Certified Ethical Hacker (CEH)
Belajar keselamatan siber, teknik hacking beretika, malware dan serangan web.
4. Network & Multi-Cloud Bootcamp (6 Minggu)
Gabungan network + cloud untuk kerja seperti Cloud Support atau Network Engineer.
5. CompTIA Cloud+
Kursus asas kerja cloud seperti Azure, virtualisation dan disaster recovery.
Kebanyakan peserta sebelum ini berjaya mendapat kerja dalam bidang seperti IT Support, Network Engineer, Cloud Technician dan Data Assistant — walaupun mula dari sifar.
Proses Permohonan Yang Mudah
Menurut dokumen rasmi, ini cara memohon:
- Mohon surat tawaran di www.nexpertsgrants.com
- Pilih kursus yang diminati
- Sediakan IC, sijil lahir & penyata bank
- Buat Certified True Copy
- Tandatangan surat tawaran
- Hantar ke Yayasan Peneraju
- Tunggu kelulusan
- Hadir latihan jika lulus
- Wajib ambil peperiksaan
- Jika LULUS → tak perlu bayar apa-apa
Pendaftaran Tutup 15 Disember
Nazreen mengingatkan bahawa permohonan akan ditutup tidak lama lagi dan tempat adalah sangat terhad.

“Kalau teringin nak belajar sesuatu yang boleh ubah hidup, inilah masa. Peluang macam ini bukan selalu datang,” katanya.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di:
“Teknologi bukan ancaman — ia peluang”
Nazreen berkata teknologi hanya menakutkan apabila kita tidak faham.
“Bila dah belajar, baru sedar teknologi ini boleh bantu kita cari rezeki. Ada yang naik kerja, ada yang mula freelance, ada yang tambah keyakinan diri. Teknologi bukan musuh — ia peluang untuk kita semua.”



