BERSATU hendak bersatu?
- Kebelakangan ini kedengaran pelbagai berita mengenai kemahuan parti-parti
politik untuk kembali bersatu demi memastikan Negara dapat diselamatkan.
Yang lucunya kebanyakan pihak yang menyuarakan pendapat sedemikian
adalah juga pihak yang sama yang keluar dari PH dan menjatuhkan Kerajaan
yang dipilih Rakyat pada PRU-14 lalu pada 2018. - Terbaru retorik yang dibawa bekas Perdana Menteri juga Presiden BERSATU
Tan Sri Mahiaddin Yaasin. Beliau berkata bahawa semua parti politik mesti
sedari tanpa gabungan atau penyatuan tidak mungkin UMNO/BN dapat
dikalahkan. - Harapkan pegar, pegar makan padi. Begitulah kesimpulan yang boleh dibuat
mengenai Presiden Bersatu ini. Pada masa Langkah Sheraton berjalan di
manakah laungan perlunya gabungan ini? Bukankah beliau sendiri secara
sebelah pihak (unilateral) menarik balik sokongan Bersatu dari PH sehingga
menjatuhkan Kerajaan? Malah beliau naik kerusi Perdana Menteri dengan
individu-individu sama yang kini ingin beliau tentang. - Kita jangan lupa Langkah Sheraton juga telah memperlihat bagaimana ahli
politik untuk kekal berkuasa, kekal pangkat, kekal jawatan dan untuk motif-motif
tersendiri sanggup membelakangkan mandat/undi Rakyat. Pada masa itu
adakah mereka memikir gerakan itu akan memberi nyawa semula pada
segelintir dalam UMNO yang kini telah kembali ke persada kuasa? - Bulan Mac 2020 nampak seperti sudah lama berlalu. Tetapi ianya luka yang
masih baru. Rakyat tidak harus lupa itu. Rakyat dan pengundi juga tidak harus
lupa bahawa ada pemimpin-pemimpin Pejuang dan juga ahli-ahli Pejuang yang
tidak bersetuju dan melawan gabungan Langkah Sheraton. - Pengerusi Pejuang, Presiden Pejuang, Timbalan Presiden Pejuang,
Setiausaha Agung Pejuang, Bendahari Pejuang malah ada juga ahli-ahli Majlis
Eksekutif Pusat Pejuang telah menjadi mangsa dek kerana tidak sehaluan
dengan Langkah Sheraton. Pertahan mandat Rakyat tetapi dihukum keluar dari
Kerajaan. - Bersatu kemudiannya bergabung dengan UMNO, PAS, MCA, MIC dan GPS
- dari Sarawak membentuk Kerajaan. Dinamakan Perikatan Nasional tetapi ada
- pula ikatan sebelum itu antara UMNO dan PAS dikenali sebagai Muafakat
- Nasional. Label semata-mata label, yang pasti, ianya semata-mata
- menghalalkan Ahli-Ahli Parlimen yang tolak mandat Rakyat untuk berada di
- Putrajaya.
- Ia hanya untuk kelangsungan berkuasa. Supaya mereka dapat gaji besar,
- dapat segala kemudahan dan paling penting sekali agar dapat menggunakan
- media arus perdana supaya Rakyat dapat dikelirukan.
- Lalu naratif baru dimainkan iaitu Kerajaan di bawah Abah akan dapat
- membawa Malaysia harungi Covid-19. Lockdown dan kawal. Maka Abah
- berdoa, Rakyat tadah tangan dan turut ‘amin’ bersama. Cuma Ahli Politik lain
- sedikit. Mereka kebal boleh berlegar, boleh buat jamuan, boleh kembali luar
- negara tanpa perlu kuarantin. Rakyat jangan lupa “double-standard” ini.
- 10.Selama 17 bulan sahaja tiba-tiba Abah hilang kuasa. Abah mula menyatakan
- pengkhianatan tetapi Langkah Sheraton bukan pengkhianatan? Dikhianati oleh
- puak sama yang mengkhianat mandat Rakyat.
- 11.Yang peliknya, walaupun ditumbangkan gabungan sendiri, Abah dan Bersatu
- masih menyokong pasukan sama yang menjatuhkannya. Yang lebih pelik lagi,
- ada dari ahli-ahli Parlimen Bersatu yang dahulunya menyokong Abah kini
- menyokong Dato’ Sri Ismail Sabri sebagai PM ke-9. Termasuk Mahiaddin
- sendiri.
- 12.Kini timbul pula naratif baru Keluarga Malaysia. Diketuai oleh Dato’ Sri Ismail
- Sabri. Maka bermulalah ‘media blitz’. Hampir setiap papan iklan, media arus
- perdana, surat khabar dan media sosial ala-ala ‘influencer’ digunapakai. Agar
- Rakyat dilenakan dengan media kononnya Kerajaan stabil.
- 13.Tetapi Rakyat sedar ekonomi Malaysia sedang sakit, harga barang makin naik,
- nilai Ringgit lemah dan masalah sosial berleluasa. Mahu tidak mahu kita kena
- akui tanpa Kerajaan yang kuat dan stabil Negara akan lemah.
14.Apabila berlakunya Langkah Sheraton dan kemudiannya peralihan Mahiaddin
Yaasin kepada Ismail Sabri, Rakyat mula menyedari bahawa ahli politik dan
Parlimen sebenarnya sudah tidak lagi mempedulikan mandat Rakyat. Pada
mereka semua pihak sama tiada bezanya hanya memikir kuasa.
15.Lantas mula kedengaran gerakan untuk boikot pilihan raya. Tidak perlu buang
undi kerana ia buang masa. Susah payah beratur tetapi akhirnya lompat juga.
16.Maka PRN Melaka dan Johor membuktikan yang sekiranya Rakyat enggan ke
peti undi yang akan peroleh keuntungan adalah UMNO dan BN. Ini kerana
UMNO mempunyai pengundi totok yang setia pada logo. Walau parti dipalit
masalah, tidak mengapa asal UMNO dipangkah.
17.Sedar atau tidak kemenangan di Melaka dan Johor itu walau dengan peratus
turun mengundi rendah dilaungkan sebagai pulangnya kekuatan UMNO dan
BN. Namun yang paling tidak kita semua sedari mainan media sosial oleh Najib
Razak dan sekutunya seolah kemenangan itu menjadi isyarat Rakyat mahukan
beliau kembali memimpin Negara.
18.Maka para penganalisa profesional serta ‘pakar-pakar’ di FB mula berteriak
keriangan. Ujar mereka, tiba-tiba, segala pertuduhan dan prosiding terhadap
Najib Razak dan pimpinan lain adalah serangan politik sahaja.
19.Di sinilah bahayanya terletak. Jikalau pada PRU akan datang/bakal menjelma
Rakyat masih lagi menyatakan ‘political fatigue’ dan tidak keluar mengundi
maka UMNO akan menang dan apa yang berlaku sekarang bakal berulang
kembali.
20.Maka yang perlu sekarang ini ialah kesatuan dalam menolak pemimpin-
pemimpin yang mendapat keuntungan dari Langkah Sheraton. Saya nyatakan
pemimpin kerana individu-individu yang harus diangkat ke Parlimen ini mestilah
yang benar-benar layak dan tidak khianat.
21.Rakyat harus meneliti calon-calon atas individu itu sendiri dan tidak semata-
mata kepada fahaman politiknya. Rakyat mesti bijak memilih. Rakyat mesti juga
berani keluar lagi semasa PRU untuk buat sekalian kalinya melakukan perubahan.
MUHAMMAD RAFIQUE RASHID ALI
Timbalan Ketua Majlis Pimpinan Negeri
Wilayah Persekutuan