Majlis Ziarah MADANI Ihya Ramadan anjuran HRD Corp dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh semalam berjaya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat apabila lebih 3,000 warga Sungai Buloh hadir bersama-sama memeriahkan program ini.

Kehadiran yang begitu ramai dan Ketua Bahagian UMNO Sungai Buloh, Datuk Megat Firdouz Megat Junid ; Ketua Wanita UMNO Negeri Selangor mernagkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Sungai Buloh, Datuk Hajah Halimaton Saadiah Hj Bohan bersama barisan kepimpinan UMNO Bahagian Sungai Buloh jelas menunjukkan semangat kebersamaan dan perpaduan yang kukuh dalam masyarakat di Parlimen Sungai Buloh.
Program ini bukan sahaja memberi ruang kepada masyarakat untuk berbuka puasa bersama, malah menjadi platform untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat dalam suasana penuh kekeluargaan dan keharmonian.
Sepanjang majlis berlangsung, para hadirin turut disajikan dengan pelbagai pengisian yang menyemarakkan semangat Ramadan, selain berpeluang berinteraksi secara lebih dekat. Suasana yang penuh mesra dan harmoni membuktikan bahawa nilai kebersamaan, keprihatinan dan perpaduan terus subur dalam masyarakat kita.
Kejayaan menghimpunkan lebih 3,000 warga Sungai Buloh dalam satu majlis berbuka puasa ini juga mencerminkan komitmen berterusan untuk memastikan program kemasyarakatan seperti ini terus menjadi wadah memperkukuh hubungan antara rakyat serta menyemai Malaysia MADANI.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak khususnya TalentCorp, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) serta Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) yang telah menjayakan semua program dibawah Ziarah MADANI termasuk para sukarelawan yang telah memberikan sokongan dan kerjasama yang erat bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh.
Semoga semangat kebersamaan yang terjalin melalui majlis ini akan terus diperkukuh demi kesejahteraan dan keharmonian masyarakat.
#SungaiBulohPrihatin #YakinMADANI #YangBerkhidmatRamanan



