1,478 PEMERIKSAAN SEPANJANG SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN (SHMMP) PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI 2025

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan
(SHMMP)Pesta Kaamatan pada 27 Mei 2025 sehingga 2 Jun 2025 dan SHMMP Hari Gawai pada 29 Mei 2025 sehingga 4 Jun 2025.
Tempoh pelaksanaan Skim tersebut ialah selama 7 hari iaitu 3 hari sebelum
perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 3 hari selepas perayaan.
Pelaksanaan skim ini merupakan langkah intervensi Kerajaan dalam menangani kos sara hidup semasa sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2025.
Sebanyak 10 jenis barangan telah dikawal di bawah SHMMP Pesta Kaamatan 2025 berbanding 8 barangan semasa pelaksanaannya pada tahun 2024. Barangan yang ditambah ialah bawang kuning besar
import dan bawang merah besar import.
Manakala sebanyak 11 jenis barangan yang telah dikawal di bawah SHMMP Hari Gawai 2025 berbanding 8 barangan semasa
pelaksanaannya pada tahun 2024. Barangan yang ditambah adalah kelapa biji, kelapa parut dan santan.
Sepanjang pelaksanaan SHMMPPesta Kaamatan 2025, sebanyak 667
pemeriksaan telah dijalankan ke atas premis perniagaan di seluruh negara merangkumi pemeriksaan ke atas premis borong dan premis runcit.
Sepanjang tempoh kuat kuasa skim, 2 tindakan undang-undang telah diambil terhadap peniaga yang ingkar. Tindakan undang-undang yang telah dikenakan adalah melibatkan kes gagal menggunakan
tanda harga khas merah jambu.





