BUDI95 Lonjak Permintaan MyKad Baharu, Hampir 10,000 Diganti Dalam Dua Minggu

  • September 26, 2025
  • 1 min read
BUDI95 Lonjak Permintaan MyKad Baharu, Hampir 10,000 Diganti Dalam Dua Minggu

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Pelaksanaan subsidi bersasar BUDI95 sejak diumumkan Perdana Menteri pada 22 September lalu mencetuskan lonjakan ketara permintaan penggantian MyKad. Dalam tempoh dua minggu sahaja, hampir 10,000 MyKad dengan cip rosak telah berjaya diganti di seluruh negara.

Dipetik dari Facebook YB Saifuddin Nasution Ismail Lazimnya, hanya sekitar 1,000 penggantian dilakukan setiap hari, namun jumlah itu meningkat mendadak seiring kesedaran rakyat untuk memastikan dokumen pengenalan diri mereka sah bagi menikmati manfaat subsidi BUDI95.

Bagi melancarkan proses itu, kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri turut mengecualikan caj RM10 bagi penggantian cip rosak mulai 23 September hingga 7 Oktober 2025, melibatkan kos tanggungan sekitar RM714,000.

“Kami berbangga menyokong kejayaan BUDI95 kerana MyKad bukan sahaja dokumen identiti sah rakyat, malah menjadi kunci utama memastikan subsidi bersasar benar-benar sampai kepada warga Malaysia”.

Ini membuktikan langkah kerajaan hari ini meneruskan pentadbiran dengan komited dalam membawa wajah sebuah kerajaan yang cakna, prihatin dan berjiwa rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *