Malik Choo kini kembali untuk mencuri perhatian orang ramai dengan sebuah lagu baru berjudul ‘Apa Saja’.

Selepas mencipta gelombang dengan single pertama,’Suka Kamu’, Lagu dan video muzik rasmi penyanyi ini akan dilancarkan di semua platform penstriman utama pada 31 Oktober 2025 ini.

Lagu yang mendapat sentuhan Mambang sebagai penulis lirik ini meraikan rasa syukur, kesetiaan dan pengorbanan dalam percintaan. Lagu ini juga menggambarkan rasa gembira dan teruja memiliki seseorang
sebagai pasangan yang sentiasa berada di sisi ketika suka dan duka dalam menjalani kehidupan serta janji-janji
yang termeterai dalam sesuatu hubungan untuk melakukan ‘Apa Saja’ demi cinta.
Melalui lagu ini juga, Malik kembali bekerjasama dengan dua orang rakan kolaboratifnya, Altimet dan Cuurley.

Sebelum ini, trio berbakat ini pernah berkolaboratif dalam lagu ‘Kita Jaga Kita’- sebuah lagu semangat yang
menjadi siulan rakyat Malaysia ketika pandemik hingga kini sehingga meraih lebih 10 juta tontonan di YouTube.

Kini, trio yang berbakat ini kembali mencurahkan idea dan komitmen dalam menghasilkan lagu ‘Apa Saja’.
Keunikan lagu ini adalah bahagian korus-nya yang pasti mudah diingati – “Apa Saja Untuk Kamu”, satu kenyataan yang ringkas namun membawa maksud yang sangat mendalam akan rasa cinta tanpa syarat, ketabahan dan
pengorbanan dalam apa jua perkara demi seseorang yang sangat istimewa.

“Lagu ini sangat dekat dengan saya. ‘Apa Saja’ merupakan sebuah lagu cinta yang menceritakan perihal
menghargai seseorang yang sentiasa bersama kita dalam apa jua perkara dan menunjukkan pengorbanan yang
telah kita lakukan,” kata Malik.
Emosi disebalik bait-bait lagu ini diterjemahkan dalam video muzik yang diarahkan oleh Azarikh dan dibintangi
oleh Malik bersama seorang pelakon yang pernah muncul dalam muzik video ‘Suka Kamu’, Nasuha Sulaiman.
Video muzik yang menggambarkan pengorbanan seseorang dalam percintaan melalui visual yang menarik
pastinya akan menyentuh hati para peminat.
‘Apa Saja’ merupakan lagu kedua Malik bersama Dana Kebolehan Pasaran Industri Muzik DKK (Domestik 2.0),
dengan sokongan daripada MyCreative Ventures dan KKMM. SVLTAN Management merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Kementerian Komunikasi dan MyCreative atas usaha mereka dalam memperkasakan
industri kreatif Malaysia melalui inisiatif Dana Kandungan Digital.

Bukan itu sahaja, lagu ‘Apa Saja’ ini juga akan diluncurkan secara bersama oleh SVLTAN Management dan Sony
Music Entertainment Malaysia, bukan sahaja untuk pasaran tempatan, tapi juga untuk peringkat antarabangsa.

Bagi para peminat yang teruja untuk melihat lebih banyak karya-karya daripada Malik Choo pada masa akan
datang, anda boleh mengikuti perkembangan beliau di akaun Instagram, Twitter dan TikTok @malikchoo.

Malik Choo Tampil Dengan Lagu Baharu Penuh Emosi, ‘Apa Saja’
Disokong oleh: Pengurus: SVLTAN Management Yasmeen Zainal
+6017 369 1436 yasmeen@svltan.com
Aimeil Hiu +6010 773 3649
aimeil@svltan.com Publisiti: Sony Music Entertainment Malaysia
Wahi +60 11-1135 4200
wahiaziz@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *