Momoyo Sasar 500 Cawangan di Malaysia Menjelang 2027, Tampilkan Inovasi Ice Cream & Minuman Mampu Milik

Jenama minuman dan ais krim terkenal, Momoyo, terus mengukuhkan kedudukannya di Asia dengan sasaran membuka 500 cawangan di Malaysia menjelang tahun 2027.

Ms. Zurina, Senior Deputy Director from Visit Malaysia.
Mr. Alex Tan, General Manager of MOMOYO Malaysia
Mr Mike Xu, Ceo of vivo Malaysia

Ketika ini, Momoyo telah berkembang pesat dengan lebih 1,500 cawangan di seluruh Asia, termasuk lebih 1,000 cawangan di Asia Tenggara, manakala di Malaysia sahaja telah melebihi 200 cawangan sejak kemunculannya pada tahun 2024.

Menurut wakil Momoyo, jenama tersebut membawa konsep minuman dan ais krim berkualiti tinggi pada harga berpatutan, bagi memastikan semua golongan masyarakat dapat menikmatinya.

“Kami mahu pelanggan merasai pengalaman yang segar, menyegarkan dan berbaloi setiap kali menikmati produk Momoyo,” katanya.

Menu Inovatif Dengan Produk Baharu

Setiap 45 Hari Momoyo turut menampilkan pelbagai siri produk seperti:

Ice Cream Series
Protein Series
Minuman segar pelbagai perisa
Menariknya, Momoyo sentiasa melakukan inovasi dengan memperkenalkan produk baharu setiap 45 hari, dengan sekitar 3 hingga 5 produk baharu diperkenalkan pada setiap pelancaran.

Harga yang ditawarkan juga kekal mesra pelanggan iaitu sekitar RM5 hingga RM10, menjadikan Momoyo pilihan ramai rakyat Malaysia.

Fokus Komuniti & Peluang Pekerjaan
Selain mengembangkan perniagaan, Momoyo juga memberi tumpuan kepada pembangunan komuniti tempatan.
Syarikat itu berharap kehadiran mereka di Malaysia dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, sambil menyokong ekonomi komuniti setempat.

“Kami mahu Momoyo berkembang bersama komuniti Malaysia dengan memberi peluang pekerjaan dan membawa lebih banyak keceriaan kepada pelanggan,” jelas wakil syarikat.

Kolaborasi Bersama Tourism Malaysia
Dalam usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan, Momoyo turut menjalinkan kerjasama dengan Tourism Malaysia.

Melalui kolaborasi ini, kedua-dua pihak berharap dapat menyemarakkan semangat pelancongan tempatan dan memperkenalkan Malaysia kepada lebih ramai pelawat antarabangsa.

Inisiatif CSR Bersama NGO
Momoyo juga aktif dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui kerjasama bersama NGO seperti Syed.

Antara inisiatif yang dilakukan termasuk:
Memberikan sumbangan kepada mangsa yang memerlukan
Menjalankan kempen kesedaran sosial di lebih 200 outlet Momoyo di Malaysia
Menyiarkan video kesedaran awam (PSA) di outlet selama tempoh setahun
Langkah ini menunjukkan komitmen Momoyo bukan sahaja untuk menceriakan pelanggan melalui produk, tetapi juga memberi impak positif kepada masyarakat.
Kolaborasi Strategik & Inovasi Masa Hadapan
Selain kerjasama CSR, Momoyo turut menjalinkan kolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk Touch ‘n Go Digital, dan tidak menolak kemungkinan lebih banyak kerjasama strategik akan diumumkan pada masa akan datang.

“Jika jenama kami terus mendapat sokongan rakyat Malaysia, kami mahu memperluaskan lagi kolaborasi dengan pelbagai syarikat untuk memberi manfaat kepada negara dan masyarakat,” tambah wakil Momoyo.

Dengan pertumbuhan pantas, inovasi produk yang konsisten serta komitmen terhadap komuniti, Momoyo kini muncul sebagai antara jenama minuman dan ais krim yang paling pesat berkembang di rantau Asia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *