Barisan Nasional untuk terus bersama Pakatan Harapan dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal.

  • January 7, 2026
  • 2 min read
Barisan Nasional untuk terus bersama Pakatan Harapan dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal.

Tahniah kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO diatas kepimpinan berprinsip serta ketegasan beliau dalam mengekalkan komitmen Barisan Nasional untuk terus bersama Pakatan Harapan dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal.

Keputusan ini adalah tepat, berwawasan dan berpaksikan kepentingan negara. Dalam situasi semasa, negara tidak wajar “Menggoncang Perahu”.

Kestabilan politik merupakan asas penting bagi menjamin kesinambungan dasar, pemulihan ekonomi, keyakinan pelabur serta kebajikan rakyat terus terpelihara.

Kami mengiktiraf gandingan kepimpinan yang mantap antara PMX YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan YAB Dato’ Seri Fadillah Yusof yang telah membuktikan keserasian, kematangan serta keupayaan menyelaras pentadbiran negara secara berkesan. Kombinasi kepimpinan ini memperkukuh tadbir urus, mempercepat pelaksanaan agenda pembangunan serta mengekalkan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.

Rakyat tidak seharusnya sekali lagi menanggung ketidaktentuan politik seperti yang pernah berlaku sebelum ini, yang terbukti memberi kesan negatif kepada ekonomi dan kehidupan seharian. Oleh itu, mengekalkan kestabilan, memperkukuh perpaduan nasional serta menumpukan usaha kepada pemulihan dan kemakmuran negara mestilah menjadi keutamaan bersama.

Sehubungan itu, kami menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian Kerajaan Perpaduan untuk menolak sebarang langkah yang boleh menggugat kestabilan sedia ada, di samping terus menggalakkan dialog yang matang dan konstruktif demi kepentingan rakyat serta masa depan Malaysia.

𝐘𝐁 𝐃𝐫. 𝐆𝐮𝐧𝐚𝐫𝐚𝐣 𝐆𝐞𝐨𝐫𝐠𝐞
Ahli Dewan Negeri Selangor N.48 Sentosa Merangkap Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat Kepada YAB Dato Menteri Besar Selangor, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KeAdilan Dan Ketua Cabang Kota Raja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *