DBKL Turunkan Caj Tapak Bazar Ramadan 2026 kepada RM400

KUALA LUMPUR, 23 Jan 2026 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan kadar caj maksimum tapak Bazar Ramadan 2026 kepada RM400, berbanding RM500 pada 2025, bagi meringankan beban kos penjaja kecil.
Kerajaan MADANI turut melaksanakan penambahbaikan menyeluruh penganjuran bazar dengan pendekatan pengurusan hibrid, mengekalkan DBKL sebagai pihak kawal selia, pelesenan dan penguatkuasaan, manakala persatuan penjaja mengurus operasi harian tapak bazar.

Sebanyak 41 lokasi bazar terlibat tahun ini, dengan 9 lokasi di bawah seliaan DBKL dan 32 lokasi dikendalikan persatuan penjaja. Tiga persatuan utama yang terlibat ialah PMKL, PPPKMWP dan PPPBWPKL.

Kerajaan menegaskan larangan sublet, jual beli tapak dan pengambilan untung berlebihan, serta memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap sebarang pelanggaran bagi memastikan penganjuran yang telus, adil dan berintegriti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *