“OMG! Mickey Klaxson Dari Indonesia Datang KL – Syamel Amzah Join Lagi, Siapa Berani Lepaskan?”

Kuala Lumpur, 17 Ogos 2025 – Peminat muzik tanah air dan Indonesia bakal merasai pengalaman hiburan yang luar biasa apabila 211 Event Empire menganjurkan Mini Showcase eksklusif bersama Mickey Klaxson dari Indonesia dan Syamel Amzah dari Malaysia. Acara ini akan berlangsung pada 30 Ogos 2025 (Sabtu), jam 3.00 petang hingga 6.00 petang, bertempat di IDEAS Hotel, Kuala Lumpur.

Selain persembahan utama daripada Mickey dan Syamel, showcase ini turut menampilkan barisan artis hebat lain seperti:
John Bear Si Nakal
Ameerais Forteen
The Potai’s Band
Para peminat yang hadir secara fizikal berpeluang menyertai Meet & Greet eksklusif, dengan harga tiket RM100 termasuk hi-tea dan merchandise rasmi. Bagi mereka yang ingin menonton dari rumah, tiket live streaming hanya RM10/IDR40,000, dan setiap pembelian tiket secara automatik membolehkan penyertaan dalam cabutan bertuah menarik.
Sebagai persiapan, pasukan 211 Event Empire telah menjalankan misi promosi ke Aceh dari 12 hingga 15 Ogos 2025, melawat Banda Aceh dan Bireuen.
Di sana, mereka menerima sambutan hangat dari masyarakat setempat dan sokongan padu daripada pihak berkuasa termasuk Bapak Bupati H. Mukhlis, Ibu Bupati Hj. Sadriah, serta penggiat industri tempatan seperti Pak Erik & Pak Iqbal.
Sebagai bukti komitmen, Mickey Klaxson beserta keluarga dibawa ke Kuala Lumpur untuk sesi promosi lanjutan, memastikan peminat di Malaysia berpeluang merasai pengalaman hiburan yang eksklusif dan meriah.
“Sehingga kini, 200 tiket untuk Mini Showcase telah dijual melalui Aqil Syazwan Enterprise Sdn Bhd, menunjukkan sambutan hangat peminat terhadap acara eksklusif ini. Pihak penganjur menasihatkan peminat yang masih ingin hadir supaya segera mendapatkan tiket sebelum habis dijual.” kata Intan Madura selaku penganjur dari 211 Event Empire.
Pembelian Tiket
Tiket boleh didapati melalui QR Code dalam poster rasmi atau terus ke:
www.211eventempire.com
www.sharkv.my


Maklumat Lanjut & Pertanyaan Media:
Emel: 211eventempire@gmail.com
TikTok: @211eventempire
Telefon: 0196000327
 
								





 
 
 
