PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) BAGI KENDERAAN PERSENDIRIAN INDIVIDUDI KIOS JPJ NEGERI SABAH DAN SARAWAK

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia
ingin mengumumkan bahawa urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan
Motor (LKM) bagi kenderaan persendirian individu kini boleh dilakukan
melalui Kios JPJ di Negeri Sabah dan Sarawak mulai 6 Jun 2025.
Pertambahan urus niaga pembaharuan LKM kenderaan persendirian
individu melibatkan 41 unit Kios JPJ di Sabah dan Sarawak iaitu 21 unit Kios
JPJ di Negeri Sabah dan 20 unit Kios JPJ di Negeri Sarawak.
Pembaharuan LKM di Kios JPJ adalah bagi kenderaan persendirian individu
yang didaftarkan mulai tahun 2020 dan ke atas sahaja. Manakala bagi
kenderaan persendirian individu yang didaftarkan sebelum tahun 2020,
pemilik kenderaan atau wakil boleh mendapatkan perkhidmatan melalui
kaunter JPJ. Selain itu, pembaharuan LKM juga boleh dilakukan menerusi
aplikasi MyJPJ, portal mySIKAP JPJ, kaunter bergerak JPJ Mobile dan Rakan Niaga JPJ.
Pemilik kenderaan juga dinasihatkan untuk memastikan perlindungan
insurans kenderaan adalah sah dan berkuatkuasa sebelum melakukan
pembaharuan LKM kerana sistem akan mengesahkan maklumat ini secara
automatik semasa urus niaga dilakukan di Kios JPJ.





