Program Satelit Komuniti MADANI 2026 Manfaatkan 120 KRT Seluruh Negara

IPOH, 24 Jan – Sebanyak RM600,000 diperuntukkan kepada 120 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara bagi melaksanakan pelbagai aktiviti komuniti menerusi Program Satelit Komuniti Rakyat MADANI 2026.

Majlis penyerahan mock cheque program berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.
Bagi Bandar Ipoh, sebanyak 10 KRT menerima peruntukan RM5,000 setiap satu.

Program ini merupakan inisiatif di bawah Program MADANI Rakyat (PMR) dengan penglibatan lebih tujuh agensi kerajaan, termasuk Kementerian Perpaduan Negara (KPN), bagi memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan sosial komuniti.
Tahun ini, program Satelit Komuniti MADANI akan dilaksanakan di 15 lokasi luar tapak PMR, meningkat berbanding 10 lokasi pada tahun lalu, sekali gus memperluas capaian dan impak di peringkat akar umbi.

Menurut Datuk Aaron, program ini selari dengan teras Komuniti MADANI, yang menjadi antara kluster utama KPN bagi tahun 2026, bertujuan mengukuhkan semangat kejiranan dan kebersamaan masyarakat.

Beliau turut menegaskan bahawa sokongan dan kerjasama berterusan pelbagai pihak mampu menjadikan komuniti sebagai agen perubahan ke arah masyarakat yang harmoni, inklusif dan sejahtera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *