YBK Capai 36 Tahun: Terus Membasmi Kemiskinan, Membina Kesejahteraan

KELANA JAYA, 26 Mac 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menyambut ulang tahun ke-36 sejak ditubuhkan pada 1990. Sebagai NGO, YBK konsisten dalam agenda pembasmian kemiskinan secaholistik dan bersepadu di Malaysia.

Sepanjang 36 tahun, YBK telah membantu lebih 200,000 keluarga (hampir 1 juta individu) melalui program pendidikan, sosio-ekonomi, latihan kemahiran, dan bantuan kebajikan.

Pengerusi YBK, Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom menyatakan syukur atas sokongan warga kerja, rakan strategik, dan hampir 100,000 sukarelawan di seluruh negara. Beliau menekankan bahawa perjuangan YBK meliputi kemiskinan material, pemikiran, nilai, dan tanggungjawab sosial.


Pendekatan “Joran, Bukan Ikan”

YBK mengutamakan pemerkasaan berbanding bantuan bersifat sementara. Falsafah ini diterjemah melalui konsep memberi joran, bukan ikan—iaitu membimbing komuniti ke arah berdikari. Pendekatan ini diperkukuh dengan Blue Ocean Strategy dan konsep “Semangat Mendaki” yang menekankan inovasi, teknologi, dan penerokaan peluang baharu.


Penghubung Strategik

YBK bertindak sebagai pemudah cara yang menghubungkan komuniti dengan agensi kerajaan, sektor korporat, dan NGO lain.

Antara program yang dilaksanakan:

· Jelajah Sejuta Harapan – turun padang bersama rakan strategik untuk bantuan lebih efektif.
· Asrama Kasih YBK
· Akademi Kemahiran YBK
· Sinar Kasih Ramadhan




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *