Tokoh Industri dan Sosial Raih Pengiktirafan POSBA 2025, Tingkatkan Impak Positif Komuniti

  • August 31, 2025
  • 4 min read
Tokoh Industri dan Sosial Raih Pengiktirafan POSBA 2025, Tingkatkan Impak Positif Komuniti

Kuala Lumpur, 28 Ogos 2025 – Kehebatan keusahawanan Malaysia menyerlah di Pinnacle of Success Business Award (POSBA) 2025, Majlis yang berlangsung di Majestic Hotel Kuala Lumpur dianjurkan bersama oleh WargaBiz, Platform media perniagaan terkemuka Malaysia dan MySayang Malaysia turut serta SME Corporation Malaysia sebagai Rakan Strategik dipuji sebagai “Oscars of Business” versi Malaysia.

Sebahagian penerima anugerah bergambar kenangan

Acara ini menghimpunkan lebih 800 tetamu terhormat termasuk pembuat dasar, ketua industri dan pemimpin visi. Menambahkan lagi prestij majlis, ia disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Leftenan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bersama YB Mr. Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia dan Mr. Rizal Dato’ Nainy CEO SME Corp.

Dalam majlis berprestij ini, empat tokoh terkemuka menerima pengiktirafan POSBA 2025 atas kecemerlangan mereka dalam industri masing-masing serta sumbangan positif kepada komuniti Malaysia:

Teow Beng Hur

Teow Beng Hur, Pengasas HC Precast System Sdn Bhd, memperkenalkan Sistem Precast Haxi, inovasi dalam industri pembinaan IBS (Industrialised Building System) yang menyelesaikan masalah pecah dan rosak, sambil memudahkan keseluruhan proses pembinaan dari A hingga Z. Teow menekankan bahawa HC Precast System Sdn Bhd berpotensi memberi impak besar kepada pembangunan infrastruktur negara.

“Sistem ini bukan sahaja menyelesaikan masalah pecah dan rosak, tetapi juga memudahkan proses pembinaan dari A hingga Z, Saya berharap sistem HC Precast System Sdn Bhd dapat dikenali lebih meluas di Malaysia dan memberi impak positif kepada pembangunan industri pembinaan negara.”Teow Beng Hur

Datin Sri Rosmariza(Tengah)

Datin Sri Rosmariza Dato’ Che Umar, CEO & Presiden Pasaraya Borong Sakan dan Saloma Kuala Lumpur, menerima pengiktirafan untuk retail innovation dan lifestyle leadership. Beliau menegaskan bahawa kejayaan dalam perniagaan memerlukan sokongan kukuh daripada keluarga, pasukan, dan rakan sekerja. Datin Sri Rosmariza kini merancang untuk mengembangkan lebih banyak acara dan program di Saloma, memberi inspirasi kepada generasi usahawan lain.


“Untuk seorang wanita berjaya, support system kena kuat. Termasuk keluarga, rakan-rakan, dan anak-anak buah. Semua ini sangat penting, Kejayaan dalam bisnes bukan mudah, lagi besar daripada cabaran untuk menaikkan satu bisnes. Sentiasa fikir, cari idea, dan duduk dengan team anda.”Datin Sri Rosmariza

Datuk Nicol David

Dalam bidang sukan, sosial, dan pendidikan, Datuk Nicol David, legenda squash dan pengasas Nicol David Organisation, menumpukan usaha kepada pembangunan komuniti melalui sukan dan pendidikan. Organisasi beliau kini menjalankan tiga program utama: Little Legends, Ibu Legends, dan Positive Play, yang bertujuan memperkasakan kanak-kanak, ibu, dan ekosistem komuniti secara keseluruhan.

“Dengan pendidikan dan sukan, kita boleh membina komuniti yang lebih sihat, aktif, dan positif,” kata Datuk Nicol David.

Program kami, dari Little Legends hingga Positive Play, direka untuk membantu kanak-kanak dan ibu dalam komuniti, serta memperkukuh ekosistem di sekeliling mereka. Ini bukan hanya tentang kisah saya, tetapi tentang apa yang saya boleh lakukan untuk memberi inspirasi kepada orang lain dan menyokong komuniti.”

Encik Chin Zheng Jie, pengasas CitySpec Optical

Selain itu, Encik Chin Zheng Jie, Pengasas CitySpec Optical yang kini diteruskan oleh generasi kedua, terus fokus membantu komuniti B40 mendapatkan cermin mata berkualiti dengan harga mampu milik melalui 8 cawangan di Selangor. Produk ditawarkan dalam bentuk pakej lengkap bingkai dan cermin, dengan lebih 2,000 pilihan bingkai, lensa tempatan berkualiti tinggi, waranti satu tahun, dan harga yang telus tanpa caj tambahan.

“Matlamat kami adalah untuk komuniti B40. Kami mahu membantu sebanyak mungkin pelanggan tanpa menjejaskan kualiti dan kepercayaan terhadap jenama,” kata Encik Chin Zheng Jie.

Misi kami jelas—membantu rakyat Malaysia mendapatkan cermin mata berkualiti dengan harga mampu milik sambil mengekalkan standard perkhidmatan dan kepercayaan pelanggan.

Keempat-empat tokoh ini menunjukkan bahawa kejayaan bukan sahaja diukur melalui pencapaian profesional, tetapi juga melalui impak positif kepada komuniti, inspirasi yang diberikan kepada masyarakat, dan usaha memperkukuh sistem sokongan dalam perniagaan dan sosial. Pengiktirafan melalui POSBA 2025 menjadi motivasi kepada generasi akan datang untuk terus mengejar kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *