Projek Kampung Angkat MADANI Naik Taraf Balai Raya Bukit Temensu, Kuala Pilah

KUALA PILAH, 13 Mac 2026 – Kementerian Komunikasi menyerahkan Projek Kampung Angkat MADANI 2025 di Balai Raya Kampung Bukit Temensu, Kampung Tebat Kering bagi meningkatkan kemudahan masyarakat setempat.
Majlis penyerahan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah.


Projek bernilai RM285,000 itu dilaksanakan selama 10 minggu dari Oktober hingga Disember 2025, memberi manfaat kepada lebih 300 penduduk dengan penyediaan kemudahan yang lebih selesa dan kondusif untuk aktiviti komuniti.


Antara kerja naik taraf yang dilaksanakan termasuk:
Pembaikan bumbung dan siling
Pemasangan lantai baharu dan kerja mengecat semula bangunan
Pemasangan sistem pendingin hawa, kipas dan lampu
Naik taraf tandas serta pantri
Pemasangan pagar keselamatan di sekeliling bangunan
Pembinaan anjung berbumbung yang lebih luas


Inisiatif Kampung Angkat MADANI, diperkenalkan menerusi Belanjawan 2024, memberi tumpuan kepada penyediaan kemudahan asas di kawasan desa bagi merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.


Majlis turut diserikan dengan program berbuka puasa bersama komuniti, yang menjadi platform mempererat hubungan antara pihak kementerian dan penduduk Kuala Pilah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *