laporan polis MCW

KENYATAAN MEDIA MCW

  1. Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), telah membuat laporan polis berhubung berhubung dakwaan serius penyalahgunaan dana syarikat serta kemungkinan penyelewengan kewangan yang melibatkan NexG Bhd di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
  2. Ia membabitkan dakwaan serius mengenai penyalahgunaan dana syarikat berjumlah RM303.7 juta semasa tempoh Victor Chin Boon Long memegang jawatan COO NexG Bhd sekitar November 2024 hingga September 2025.
  3. Berdasarkan maklumat awam dan media online yang tersebar kebelakangan ini, dana syarikat telah digunakan untuk beberapa transaksi besar yang menimbulkan persoalan dari segi ketelusan dan tadbir urus.
  4. Ia termasuk transaksi-transaksi antaranya pinjaman melalui MMR Capital, pelaburan dalam Classita dan pembelian saham MMAG daripada pihak berkaitan, menimbulkan persoalan tadbir urus dan potensi konflik kepentingan, di samping berlaku dalam tempoh syarikat mencatatkan kerugian nilai saksama dan kerugian bersih yang ketara.
  5. MCW memohon agar pihak berkuasa menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap perkara ini kerana ia bukan sahaja menyentuh integriti sektor korporat, malah memberi kesan langsung terhadap imej negara, keyakinan pelabur dan kepercayaan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan undang-undang.
  6. Pada masa yang sama, MCW juga mendesak agar CEO NexG, Dato Abu Hanipah Noordin untuk disiasat dan mendedahkan, menjelaskan apa jua dakwaan yang mensabitkan Victor Chin.

Jais Abdul Karim
Presiden

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *