“Harap PM dapat selesaikan isu rakyat ini dengan segera.. Tiga isu utama yang berbangkit-Kalai Vanar

  • May 17, 2023
  • 2 min read
“Harap PM dapat selesaikan isu rakyat ini dengan segera.. Tiga isu utama yang berbangkit-Kalai Vanar

PUTRAJAYA: Tiga isu utama yang harus diselesaikan segera oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim berhubung isu rakyat yang sehingga kini tiada penyelesaiannya.

Antara tiga isu yang berbangkit adalah, pertama, isu setempat penduduk-penduduk warga pesara ATM yang sudah lama tinggal di Kg Pinang Sektor C, Kuala Lumpur diarahkan keluar dari rumah oleh pemaju tanpa memberi sebarang pampasan dan rumah sebagai ganti.

Kedua, isu pengusaha-pengusaha bengkel di Dun Sg Tuah, Selangor masih belum mendapat sebarang tempat ganti sejak 8 bulan yang lalu, walaupun sudah dijanjikan untuk diberi tapak niaga baru namun sehingga kini ‘janji hanya tinggal janji’.

Ketiga, isu rakyat di Kg Jawa, pengambilan tanah oleh pemaju lebuhraya ,WCE bagi pembinaan lebuhraya Banting-Taiping. Pihak berkuasa tidak mahu membayar ganti rugi kepada penduduk mengikut enakmen Akta Kanun Tanah.

Aktivis Sosial Dato’ Dr Kalai Valar, Presiden Kebangsaan Nambikkai Malaysia berkata, saya sebagai NGO bersama-sama penduduk untuk membantu mereka yang tidak berdaya melawan pihak yang berkenaan.

“Isu ini sangat berat kerana melibatkan ‘tempat tinggal’ mereka, kebanyakannya mereka adalah pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ada yang masih sakit, ada juga yang stroke dan tidak boleh berjalan, semuanya kebanyakan warga-warga tua di Kg Pinang Sektor C, Sg Besi Kuala Lumpur. Untuk perkara ini, saya harap YB Datin Wan Azizah dapat membantu kami.

“Kami bukan ingin ‘berpolitik’ namun kami hanya inginkan keadilan dan tempat tinggal kami, ia adalah perkara asas, bukan kerana atas sebab politik. Kami harap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dapat membantu kami rakyat yang tidak berdaya.

“Selain itu, isu peniaga-peniaga bengkel di Dun Sg Tuah, Selangor juga terkesan kerana, bengkel tersebut adalah satu-satunya sumber pendapatan mereka. Sehingga kini, masih tiada tempat ganti, makin hari, makin tiada pendapatan untuk sara hidup”

“Perdana Menteri adalah satu-satunya tempat untuk kami mengadu dan harapan kami supaya masalah ini dapat diselesaikan segera kerana melibatkan ramai rakyat yang dalam keadaan yang sengsara.

Untuk makluman, memorandum mengenai tiga isu ini telah diserahkan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada 17 Mei 2023 hari ini, pukul 3:00 petang tadi.- UTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *