KES OKU DIPUKUL : TUNAIKAN JANJI REFORMASI,TUBUHKAN IPCMC DENGAN SEGERA

  • June 1, 2024
  • 2 min read
KES OKU DIPUKUL : TUNAIKAN JANJI REFORMASI,TUBUHKAN IPCMC DENGAN SEGERA

MUDA menggesa DS Anwar Ibrahim untuk menggunakan kuasa ‘supermajority’ di
parlimen untuk membentangkan dan meluluskan akta bagi menubuhkan
Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Inilah masanya
perdana menteri menggunakan kekuatan dua per tiga majoriti di parlimen untuk
melaksanakan perubahan dan reformasi institusi.

Insiden yang melibatkan pemandu E-Hailing OKU dipukul baru-baru ini telah
menzahirkan isu-isu besar dalam operasi dan tatakelola sesetengah anggota Polis Di￾Raja Malaysia (PDRM), yang secara serius menghakis kepercayaan dan keyakinan
awam. Kita dikejutkan dengan pengakuan dari pengadu bagaimana beliau diminta
untuk menandatangani laporan yang bercanggah yang disediakan oleh anggota polis, ini tidak termasuk intimidasi yang beliau terpaksa lalui (berdasarkan kenyataan dari
sidang media).

Sekiranya isu ini tidak ‘terbocor’ atau ‘dibongkarkan’ kepada pihak media,
ketidakadilan ini sudah pasti terlepas. Hal ini membayangkan kemungkinan berapa
banyak kes-kes serupa namun tidak mendapat perhatian.
Perdana Menteri diharapkan tidak hanya sekadar membuat kenyataan media, atau
sidang akhbar dengan kata-kata yang gah seperti ‘tidak akan kompromi’ tetapi tidak
datang dengan sebarang tindakan atau penyelesaian.

Rakyat mahukan penyelesaian segera kerana ini bukan pertama kali hal ini terjadi.
MUDA melihat satu-satunya jalan untuk menambah baik situasi kini, adalah dengan
melaksanakan segera IPCMC, yang dahulu turut sama dikempenkan oleh rakan￾rakan dalam kerajaan.
Kerajaan MADANI, dengan dua per tiga majoriti wajar laksanakan IPCMC, dan MUDA
memberi jaminan melalui satu-satunya wakil di Parlimen, akan menyokong penuh
sehingga ia dapat dilaksanakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *