“Mereka bukan orang lain, saudara saya juga”. Diserang 30 individu kerana salah faham parkir kenderaan.

SEPANG – Dalam kesibukan menyambut Tahun Baru Cina, satu pergaduhan tercetus melibatkan sekumpulan individu di Jalan KB 16, Kampung Baru Dengkil, di sini, Sabtu lalu.
Kejadian ini terjadi apabila mereka ini didakwa menyerang seorang lelaki angkara berang dengan kata-kata kesatnya terhadap sebuah keluarga kerana kereta mereka menghalang kereta lain.

Mangsa 44 tahun(anak) diserang dalam keadaan marah oleh sekumpulan 30 orang individu termasuk ahli keluarga kepada pemilik kereta, termasuk dipukul, yang ketika itu mangsa berada di rumah bapanya dalam jam 10.15 malam.
Bapa mangsa, Teo Beng Tuan, yang merupakan warga emas berusia 71 tahun, cuba meleraikan pergaduhan tersebut namun diugut menggunakan sebatang besi.

“Mereka bukan orang lain, saudara jauh saya juga, saya beritahu jangan gaduh, bagi laa muka sikit pakcik ini.
“Saya cuba halang, tapi salah seorang tunjuk batang besi, tak boleh buat apa-apa, saya orang tua tak mampu nak halang mereka bergaduh,” katanya.


Satu laporan polis telah dibuat oleh anak lelakinya itu. Beng tidak menafikan bahawa anaknya ada mencemuh dengan mengatakan “parkir tengah jalan macam ini tak ada otak ke” terhadap sebuah keluarga tersebut sehingga mereka membawa sekumpulan individu itu datang menyerangnya.
Menurut laporan polis, sebuah kereta jenis Alphard berwarna putih telah menghalang kereta anaknya semasa beliau mahu keluar dari rumah beralamat No.9, Kampung Baru Dengkil Selangor.
Beng ketika itu telah pergi ke setiap rumah berdekatan untuk bertanya mengenai kereta yang diparkir supaya dialihkan.
Rentetan situasi tersebut, kereta tersebut telah dialihkan oleh seorang lelaki. Namun, dua lelaki dan seorang perempuan yang dikenali telah datang ke rumah dan mengatakan bahawa kereta Alphard tersebut milik saudara mereka.

Keluarga terbabit kemudiannya dicemuh dengan kata-kata “parkir kereta tengah jalan macam ini tak ada otak ke” lantas berang sehingga mereka datang semula bersama sekumpulan 30 individu tersebut.
Laporan polis bertarikh 17 Februari yang telah dibuat di Balai Polis Dengkil mencatatkan dakwaan bahawa anaknya telah dicederakan di bahagian muka, kepala, telinga dan seluruh badan angkara dipukul menggunakan pelbagai alat seperti kerusi, meja, topi keledar dan batu bata.
Setelah cubaan mempertahankan diri menggunakan tangga, beliau mendakwa turut mendapat ancaman bunuh menggunakan senjata iaitu selaras senapang apabila menolak sekumpulan 30 individu menggunakan objek tersebut. – UTVMedia Malaysia