Tuesday, 10 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Decathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.JWN Anjur Tiga Program Perdana Perkukuh Pengurusan dan Pelestarian Warisan Negara

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

Mohon Ketua Polis Negara buka siasatan kes kematian Yogendran di Cameron Highland

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebangsaan Nambikkai Malaysia berharap polis membuka kertas siasatan segera berhubung kes Yogendran yang disyaki terbunuh kerana disebabkan ‘pembunuhan terancang’.

Mangsa kes, Yogendran A/L Rajendran, 29 tahun, telah meninggal dunia pada 22 November 2023 di Cameron Highland diklafikasikan kematiannya sebagai kemalangan.

Namun, terdapat bantahan dari pihak keluarga yang mencurigai dan mempercayai bahawa kematian anaknya bukan disebabkan kemalangan, tetapi berkemungkinan melibatkan ‘pembunuhan terancang.

Ini kerana dapat dilihat melalui bukti motosikal dan kecederaan di kepala mangsa yang menunjukkan ciri-ciri luka yang bukan disebabkan kemalangan motosikal.

Aktivis Sosial, Dato’ Dr Kalai Vanar berkata, memohon agar polis dapat membuka kertas siasatan dengan segera ke atas kes ini.

“Ini dapat dilihat kerana sebelum kejadian berlaku, mangsa kerap ulang-alik ke balai polis sebagai pemberi maklumat kepada pihak polis”, katanya.

“Motor tidak ada sebarang calar, belakang kepala mangsa ada seperti kesan tumbukan atau pukulan, dan benda tajam yang ditusuk di bahagian leher secara menegak hingga menusuk ke kepala,” jelasnya, bahawa kejadian ini dipercayai melibatkan ‘pembunuhan terancang’ kepada mangsa.

Bapa mangsa, Rajendran

“Ibu bapa mangsa sangat sedih kerana kehilangan anak ke empat mereka, yang sepatutnya balik rumah pada Deepavali tahun lepas, namun tidak muncul ke rumah kerana kematian tersebut.

“Saya percaya kes ini bukan kemalangan dan memohon agar pihak polis yang cekap untuk menyiasat kes ini dengan kadar segera,” katanya.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *