Ampang, 27 Jun 2025 – Dalam suasana yang penuh keberkatan sempena sambutan 1 Muharram 1447 Hijrah, Majlis Gema Selawat & Martabatkan Al-Quran telah berlangsung meriah di Ampang. Majlis ini bukan sahaja menyemarakkan semangat hijrah rohani melalui lantunan selawat, tetapi turut menyaksikan pelancaran awal Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide (KEAW) – sebuah inisiatif besar ke arah penyatuan kekuatan ekonomi Islam.

Dirasmikan oleh Tokoh-Tokoh Ternama Negara
Majlis penuh penghayatan ini telah dirasmikan bersama oleh:
YAM Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Undang Naning ke-20, Haji Mohd Salleh bin Haji Mohd Som
Datuk Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan
Al-Fadhil Ustaz Zawawi, Ketua Koordinator Gema Selawat & Pengasas NH Mall Worldwide


Mereka menandatangani pelancaran rasmi Sekretariat KEAW, platform strategik yang menghimpunkan NGO, koperasi, konsortium dan syarikat korporat untuk membina kekuatan ekonomi ummah secara bersama – tanpa prejudis, dan berlandaskan prinsip muafakat serta keberkatan.
Jaringan VVIP & Tokoh Pelbagai Bidang Hadir Memeriahkan
Antara jemputan kehormat yang hadir:
Datin Dr. Hajjah Hartini Osman – Presiden Women Economic Forum ASEAN 2025
Dr. Hasan Hamzah – Pengasas Yayasan Pembangunan Buku Negara
Datuk Seri Fairuz Zainudin – Pengasas Idola Holding
Prof. Paduka Dr. Supyan Hussin – Pengerusi KOGAJAN
Datuk Shahrul Miza – CEO AliffPay
Mat Ella – Pengetua Maahad Tahfiz Istiqomatuddin, Sementa Klang
Datuk Johari Ghani – Pengasas Khat Pro
Barisan kepimpinan Yayasan Naning turut hadir memeriahkan majlis
Dari Selawat ke Sekretariat Ekonomi Ummah


Majlis ini merupakan kesinambungan kepada Gema Selawat Siri Pertama yang berlangsung serentak di Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar pada 30 Disember 2024. Kini dengan pembaharuan konsep, Gema Selawat diteruskan bersama penubuhan sekretariat ekonomi global berteraskan Islam.
Projek Telah Bermula: Klang & Bagan Datuk Jadi Lokasi Awal


Menurut Ustaz Zawawi, sebelum pelancaran rasmi lagi, projek telah pun bermula di beberapa kawasan, antaranya:
Sekitar Klang – Termasuk kawasan yang telah siap dengan tanah, bangunan, dan pusat ICT
Bagan Datuk, Perak – Tapak pertanian dan pembangunan seterusnya
Beberapa pemilik tanah telah menawarkan lokasi untuk diusahakan bersama bagi pertanian, penternakan, dan perikanan. KEAW turut membuka ruang kepada mana-mana NGO, koperasi atau individu untuk menyertai kempen agrotani secara kolektif.

“Kita tak mahu teori, kita nak teruskan gerak kerja di lapangan. Zaman ini perlukan kita berdikari, jaga food security, dan manfaatkan tanah kosong,” jelasnya.
Isi Majlis Sarat Ilmu & Nilai Ummah
Antara pengisian majlis:
Bacaan Al-Quran oleh pelajar 10 tahun yang hafaz 10 juzuk dalam 3 bulan
Persembahan selawat dan qasidah
Perkongsian oleh lima usahawan Muslim tentang peluang bisnes halal
Sesi kesedaran menentang skim penipuan pelaburan (scam)
Sasaran 100 NGO Menjelang Pelancaran Penuh Ogos Ini
Sehingga kini, lebih 15 NGO dan konsortium telah bergabung di bawah KEAW. Sasaran utama ialah mengumpulkan lebih 100 NGO menjelang pelancaran rasmi pada Rabiul Awwal 1447H (Ogos 2025). KEAW juga sedang membuka jaringan ke negara jiran termasuk Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand.
Didalam Pelancaran Penuh ini Turut diberi penekanan penting Adalah Penggunaan Aplikasi Teknologi baru GrakChat , Pengasasnya Tuan Zainy Husin berkata Ia adalah sebuah aplikasi teknologi terkini yang akan digunakan oleh seluruh Ahli Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide untuk berkomunikasi. Dimana Ia boleh memasukkan 50,000 ahli dalam satu Group Chat, Jumlah kumpulan yang terbesar berbanding aplikasi chat yang lain dan ada pelbagai lagi kelebihan yang ada pada aplikasi GrakChat berbanding aplikasi lain . Ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya penggunaan. Aplikasi GrakChat ini amat popular di luar negara. Pastinya Tuan Zainy mahu melihat malaysia sebagai pengguna terbesar aplikasi Grakchat dalam komunikasi harian akan datang.

🕌 Majlis Gema Selawat bukan sahaja memperingati hijrah Rasulullah SAW, tetapi turut mengajak ummah melakukan hijrah besar dalam ekonomi, sosial dan pemikiran. KEAW menjadi wadah untuk bergerak – bukan lagi sekadar bercakap, tapi bertindak dengan tindakan kolektif demi masa depan ummah.


