Pelan perlindungan warisan kebudayaan tidak ketara Malaysia (2026-2030)

30 Julai 2025 – Jabatan Warisan Negara (JWN), Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang dalam proses merangka Pelan Perlindungan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara (WTK) bagi tempoh lima (5) tahun bermula tahun 2026 hingga 2030 yang akan menjadi rujukan utama kepada semua kementerian, agensi kerajaan, swasta, penyelidik dan pelajar. JWN bekerjasama dengan rakan strategik utama iaitu Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam menerbitkan dokumen rasmi Pelan Perlindungan WTK yang mengandungi strategi, garis panduan dan cadangan perlindungan untuk
tempoh 2026 hingga 2030.


WTK adalah cerminan jati diri dan identiti bangsa kita. Ia merangkumi
segala bentuk ekspresi budaya seperti adat dan budaya, seni
persembahan, bahasa dan persuratan serta seni halus yang diwarisi turun-temurun. Warisan ini hidup dinamik dan sentiasa berubah mengikut
zaman, namun asas dan rohnya tetap berpaksikan kepada nilai budaya masyarakat.
2/3 Malaysia telah berjaya menyenaraikan lapan (8) elemen WTK di peringkat UNESCO bawah kategori Representative List of the Intangible Culture
Heritage of Humanity iaitu Mak Yong (2008), Dondang Sayang (2018), Silat (2019), Upacara Ongchun/Wangchuan/Wangkang (2020) iaitu pencalonan secara bersama dengan Republik Rakyat China, Pantun (2020) iaitu pencalonan secara bersama dengan Indonesia, Songket
(2021), Kebaya (2024) iaitu pencalonan secara bersama dengan Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Thailand serta Budaya Sarapan di
Malaysia (2024).


Malaysia juga berjaya menyenaraikan satu elemen WTK bawah kategori List of Intangible Cultural Heritage in Need of Urgent Safeguarding iaitu Mek Mulung pada tahun 2023. Di peringkat nasional, sebanyak 517 butiran WTK telah mendapat pengiktirafan sebagai Warisan Kebangsaan. Justeru, usaha untuk merangka dan melaksanakan Pelan Pelindungan
WTK atau Intangible Cultural Heritage Safeguarding Plan adalah satu keperluan yang perlu dilakukan bagi melindungi semua elemen WTK di Malaysia terutamanya yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat
nasional dan antarabangsa. Ia bukan sahaja untuk memastikan
kelangsungan warisan kita, malah untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya di
peringkat dunia. Platform perbincangan melalui forum dan bengkel secara kontrusktif yang
melibatkan pelbagai pihak daripada penggubal dasar, penyelidik, pengamal budaya sehinggalah kepada komuniti memberi natijah kepada
terbinanya pelan tindakan yang inklusif dan mampan. Pemeliharaan warisan kebudayaan tidak ketara bukan tanggungjawab
Kerajaan semata-mata, tetapi amanah bersama rakyat Malaysia. Kitaperlu memperkasa peranan komuniti dan memastikan setiap generasi mengenali, menghargai dan memelihara budaya kita.





