Jelajah “Pewaris Susuk” Dekatkan Pelakon Dengan Peminat

KUALA LUMPUR – Menjelang tayangan filem Pewaris Susuk di pawagam, siri jelajah khas bakal dianjurkan bagi membawa barisan pelakon lebih dekat dengan peminat di beberapa lokasi terpilih seluruh negara.

Jelajah tersebut akan menampilkan pelakon terkenal seperti Che Puan Sarimah Ibrahim, Datuk Rosyam Nor dan Alya Iman bersama barisan pelakon lain menerusi sesi ramah mesra, fotografi serta aktiviti eksklusif bersama penonton.

Siri jelajah akan bermula pada Jumaat, 1 Mei 2026 di tiga lokasi iaitu GSC IOI City Mall dan TGV Alamanda di Putrajaya, sebelum diteruskan di GSC MyTown, Kuala Lumpur.
Pada Sabtu, 2 Mei 2026 pula, jelajah diteruskan di GSC AEON Bandaraya Melaka serta TGV Seremban 2, Negeri Sembilan.

Menurut penganjur, program itu bukan sekadar promosi filem tetapi memberi peluang kepada peminat untuk merasai sendiri aura misteri yang dibawakan dalam filem berkenaan.
Orang ramai juga boleh mengikuti perkembangan terkini filem tersebut menerusi media sosial rasmi dan saluran YouTube Primeworks Studios.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *