SSFHOME Tawar Diskaun Sehingga 50%, Masa Terbaik Ubah Suai Kediaman

KUALA LUMPUR — Ingin memberikan nafas baharu kepada kediaman tanpa berbelanja besar? SSFHOME mengajak rakyat Malaysia merebut peluang menerusi kempen “New Style, Big Value” yang menawarkan pelbagai pilihan perabot, dekorasi dan aksesori kediaman pada harga menarik, termasuk diskaun sehingga 50 peratus bagi produk terpilih.

Kempen ini memberi peluang kepada pengguna memperindah ruang kediaman mengikut cita rasa dan bajet masing-masing, sama ada untuk melengkapkan rumah baharu, menaik taraf ruang tamu atau mencipta suasana bilik tidur yang lebih selesa dan bergaya.

Dengan rangkaian produk merangkumi sofa, meja makan, kabinet, lampu hiasan, langsir, karpet serta pelbagai aksesori dekorasi, SSFHOME menawarkan pilihan untuk membantu pengguna merealisasikan kediaman impian tanpa perlu berbelanja di luar kemampuan.

Lebih 30 Tahun Menjadi Pilihan Pengguna

Berpengalaman lebih tiga dekad dalam industri kelengkapan rumah, SSFHOME terus menawarkan pelbagai pilihan perabot dan dekorasi yang menggabungkan reka bentuk moden, fungsi praktikal serta nilai berbaloi.

Kempen “New Style, Big Value” turut mencerminkan komitmen SSFHOME untuk menjadikan kediaman yang cantik dan selesa lebih mudah dimiliki oleh setiap keluarga.

Selain memenuhi keperluan mereka yang baru mendirikan rumah tangga, pilihan produk yang pelbagai juga sesuai untuk pengguna yang ingin menyegarkan penampilan kediaman tanpa perlu melakukan perubahan besar.

Rumah bukan sekadar tempat untuk berteduh, malah ruang yang mencerminkan gayahidup, personaliti dan keselesaan setiap keluarga. Sama ada ingin memberi nafas baharu kepada ruang tamu, menambah seri bilik tidur atau melengkapkan dekorasi kediaman, kini semuanya menjadi lebih mudah menerusi kempen “New Style, Big Value” daripada SSFHOME. Sebagai sebahagian daripada kempen ‘New Style, Big Value’, SSFHOME turut menawarkan pelbagai produk pilihan bulanan pada harga istimewa dan nilai terbaik khasuntuk ahli SSFHOME VIP.

Jangan Lepaskan Peluang Menjimat

Pengguna boleh menikmati tawaran menarik menerusi kempen ini dengan mengunjungi mana-mana cawangan SSFHOME di seluruh Malaysia atau membeli-belah secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terkini, layari www.ssfhome.com atau kunjungi cawangan SSFHOME berhampiran.

Tertakluk kepada terma dan syarat serta promosi semasa.

SSFHOME — gaya lebih menarik, kediaman lebih selesa dan nilai lebih berbaloi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *