Cukup-cukuplah Pemimpin UMNO

  • May 20, 2022
  • 4 min read
Cukup-cukuplah Pemimpin UMNO

MUHAMMAD RAFIQUE RASHID ALI Timbalan Ketua Majlis Pimpinan NegeriWilayah Persekutuan –

Melalui penulisan di ‘UMNO Online’ semalam (18.05.2022) Ahmad bin Maslan dilihat membawa retorik politik biasanya, iaitu segala masalah Negara dan bangsa Melayu adalah kerana Tun Mahathir.2. Ahmad bin Maslan menyatakan ada tiga (3) sebab utama (dakwa beliau) Tun Mahathir kurang relevan. Iaitu dasar pro-Melayu/Bumiputra yang kurang berjaya, tiada lagi pengurusan dinamika politik Malaysia dan dakwaan ‘piēcede resistance’ setiap pemimpin UMNO bahawa Tun Mahathir menyuburkan budaya kronisme.3.

Namun dalam keseronokan dan kesibukan Ahmad bin Maslan menghentam Tun Mahathir lupakah kita bahawa kini seluruh dunia disajikan dengan dakwaan tahap salahguna kuasa, salah guna kedudukan, rasuah, permintaan wang dan kecurian wang Rakyat dan Negara yang dahsyat sekali. Oleh siapa? Yang sering timbul adalah Boss pada UMNO dan terkini Presiden UMNO juga.4. Jasa UMNO dalam membawa gelombang kemerdekaan, bebas dari penjajah dan menubuh Negara tercinta berdaulat ini kita tidak lupakan. Begitu juga kita tidak harus lupa pada pemimpin-pemimpin UMNO dulu kala serta juga Tun Mahathir yang telah membawa kejayaan dan pemodenan kepada Negara.5. Tetapi, kini yang kita juga harus sedar wujud figura-figura UMNO yang amatdisayangi oleh orang-orang seperti Ahmad Maslan telah juga dijatuhkan hukum, dipenjarakan, didenda dan sedang lalui pertuduhan dek kerana salah guna kuasa dan mencuri duit Rakyat.

Ya, mereka dari UMNO.6. Kongres Maruah Melayu dikatakan sebagai hangat-hangat tahi ayam. Tetapi dalam kehangatan itu juga hadirnya pemimpin Melayu utama dari UMNO dan PAS. Di mana ada gula di situ ada semut. Semua ingin menumpang populariti Tun Mahathir. Mohon Ahmad Maslan ‘google’ Kongres Maruah Melayu. Siapa hadir? Pasti tiada orang UMNO?7. Seperkara yang mesti difahami dengan jelas adalah Kerajaan PH tidak jatuh kerana peletakan jawatan Tun Mahathir pada 24.02.2020. Sebaliknya tindakan Tun Mahathir pada tarikh tersebut adalah menurut undang-undang danPerlembagaan Persekutuan.###Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), N-02-08, Conezion Commercial Centre, IOI Resort City, 62502 Putrajaya+603 7612 3388 | salam@pejuang.org.my8. Yang menariknya adalah peletakan jawatan Tun Mahathir tercetus dari penarikan sokongan kepada Tun Mahathir dan Kerajaan PH oleh pemimpinpemimpin Melayu sendiri. Kalau tidak percaya saya cabar Ahmad Maslan bertanyakan perkara itu kepada rakan senegerinya Mahiaddin Yaasin atau mungkin juga pada Timbalan Presiden PKR (waktu itu) Azmin Ali.

Kalau segan bertanya kepada mereka, mungkin Ahmad Maslan boleh berbual dengan Zuraida Kamaruddin. Semua ini orang Melayu bukan?9. Banyak juga diperkatakan mengenai kegagalan kononnya mengawal DAP dan kepentingan Melayu/Bumiputra. Tetapi persoalannya mengapa sehingga kini walaupun kononnya Melayu telah diselamatkan akibat ‘azab’ mendapat Tun Mahathir sebagai PM kali ke-2 masih Melayu ditahap sama?10. Di mana pembelaan pada Arwah Adib? Di mana perarakkan ke Padang Merbok akibat keputusan Mahkamah yang konon membelakangkan hak agama Islam pada kes-kes seperti Indra Gandhi dan sebagainya? Di manakah hak Melayu apabila AP ditarik balik dan menjejas keselamatan makanan (food security)?11. Ahmad Maslan melandaskan hujahnya dengan menyatakan seolah-olah UMNO adalah segalanya bagi orang Melayu. Tetapi lupakah dia bahawa selepas sahaja dijatuhkan Kerajaan PH kerajaan Melayu Islam hanya bertahan dengan kelebihan satu, dua atau maksima tiga sahaja Ahli Parlimen bukan Melayu?12.

Ya, benar Tun Mahathir kata-katanya tajam, pedas, bagai mencurah cuka atas luka. Tetapi mengapa kita sebagai Melayu hanya melihat dan membaca katakata tetapi tidak pada tujuannya? Ambil kata-kata itu sebagai teguran, sebagai cabaran dan buktikan Melayu dan Malaysia Boleh!13. Tun Mahathir dilabel ‘tiada apa’ tanpa UMNO. Mungkin Ahmad Maslan juga dikalangan yang mudah lupa bahawa Kerajaan Malaysia di mercu kejayaan semasa UMNO-BN itu gah apabila pemimpin-pemimpinnya diasah melalui prinsip ‘Bersih, Cekap, Amanah’. Namun itu dulu, benar kata orang Melayu mudah lupa.14.

Tun Mahathir tidak perlukan UMNO, BN, PH. Malah Tun Mahathir juga tidak perlukan Pejuang. Kerana apa? Kerana Tun Mahathir itu sendiri adalah satu institusi politik, Melayu, Negarawan. Disanjung serata pelusuk dunia. Kredit itu mesti diberikan dan saya pasti Ahmad Maslan sendiri akan mengakui seperti kita semua juga bahawa kalau ke Luar Negara hanya dua sahaja perkataan keluar semasa ditanya oleh warga asing: Malaysia? Ooh… Twin Tower, Mahathir.###Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), N-02-08, Conezion Commercial Centre, IOI Resort City, 62502 Putrajaya+603 7612 3388 | salam@pejuang.org.my15. Yang sedihnya kini ada juga ‘Plundering Idiot’, ‘Man of Steal’, ‘National Embarrassment’. Bukan kata-kata nista dari Tun tetapi pihak lain.16. Cukup-cukuplah pemimpin UMNO. Kini tiba masa untuk Melayu disatukan demi mencari pimpinan yang cintakan kebajikan Rakyat dan bersih serta boleh dibanggakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *