‘Karnival Pengguna Negeri Selangor 2022’ tingkat kesedaran kepenggunaan di peringkat negeri Selangor

SHAH ALAM: YB Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor telah merasmikan Karnival Pengguna Negeri Selangor 2022 yang bertemakan ‘Digitalisasi Kewangan’.
Katanya, pendekatan ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepenggunaan kepada rakyat di Selangor.”Kajian Indeks Pendayaupayaan Pengguna yang berada pada tahap 63.1 % yang dikategorikan sebagai tahap sederhana (moderate), Indeks ini menunjukkan pengguna di negara kita masih belum benar-benar menghayati dan mempraktikkan hak-hak mereka sebagai pengguna.
“Oleh yang demikian, KPDNHEP bersama-sama Pejabat SUK Selangor akan terus merangka program advokasi di setiap peringkat masyarakat bagi menangani isu-isu kepenggunaan semasa.”Tujuan program ini adalah untuk memupuk kesedaran pengguna terhadap hak-hak tuntutan jika mereka tidak berpuas hati, tertipu atau sebagainya.
“Program ini juga, memberi maklumat dan informasi dan contoh mana barangan tiruan, mana barangan asli, atau pun produk yang berkualiti dan mereka akan dpt maklumat dan seterusnya mengetahui mengambil tindakan yang perlu jika mereka terkena.
“Kerajaan Negeri Selangor melalui EXCO Pengguna Negeri Selangor, kita telah mengerakkan pelbagai aktiviti membuat pertandingan ‘menulis artikel’ berkenaan tentang kepenggunaan, kuiz berkenaan pengguna dan pidato untuk memupuk semangat kesedaran di kalangan dan generasi muda dan orang awam betapa mereka mempunyai hak untuk mendapat yang terbaik dan kualiti dengan apa yang mereka bayar sekaligus membentuk budaya.
“Penipuan dalam talian selalunya melibatkan mereka yang naif dan tidak mendapat sokongan sosial dari kawan dan mudah terpedaya oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan. “Jadi disebabkan itu, kami selalu memaparkan tip-tip kesedaran hak pengguna di televisyen dan radio untuk menyampai mesej pengguna.
Selain itu, kami telah melakukan pertandingan video pendek tentang bahaya scam menerima banyak pencalonan dan video-video pendek.”Saya optimis dengan adanya pendidikan dan kempen kesedaran secara berterusan melalui pelbagai platform akan dapat meningkatkan tahap daya upaya pengguna di negara ini,” katanya.
Turut bersama, YDP MTPN SELANGOR, Dato’ Dr. Gavin Voon berkata, dalam usaha meningkatkan kesedaran pengguna melalui MTPN SELANGOR, kami sering mengadakan kempen-kempen kesedaran dan ceramah secara fizikal dan ‘virtual talk’ di Facebook.
“Kali ini, kami telah buat satu forum yang bertajuk ‘Pendidikan Kepenggunaan dan Kesedaran Usahawan Pengguna Dalam Perindustrian’ ianya adalah kerjasama Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor dan MTPN SELANGOR.
Dalam forum ini, menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila mendapatkan perkhidmatan perubatan estetik bagi mengelak berlaku komplikasi kesihatan jika menggunakan khidmat daripada mereka yang tidak berdaftar.
“Untuk makluman semua, MTPN SELANGOR menerima pelbagai aduan dan kami mendapati kebanyakan usahawan-usahawan dan pengguna memang tidak memahami tentang peraturan Akta Perlindungan Pengguna (APP) 1999 (atau Akta 599).
“Jadi dengan mengadakan forum ini, kami berharap agar mereka dapat meningkatkan kesedaran pengguna, serta disamping itu boleh menyebarkan maklumat kepada golongan ini supaya mereka perlu peka dalam semua akta -akta yang berkenaan dalam bidang mereka.
Dalam pada itu, isu penipuan digital yang sering berlaku seperti keldai akaun, pinjaman tidak wujud phishing, macau scam, love scam, tipu TAC, pembelian online, tipu SMS dan tipu pelaburan.
Kegiatan ini melibatkan mangsa yang sanggup menyerahkan kad ATM serta nombor pin kepada individu lain dan akaun tersebut akan digunakan untuk tujuan jenayah.
” Saya menasihati supaya berwaspada dengan ‘scam online’ yang menggunakan ‘akaun palsu’ serta ‘bayar wang secara talian’, sepatutnya semak dahulu lesen perniagaan SSM sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.