Khalifah World Global Bakal Anjur Karnival Pemerkasaan Ekonomi di setiap negeri kerjasama UITM dan PBB

  • December 24, 2024
  • 3 min read
Khalifah World Global Bakal Anjur Karnival Pemerkasaan Ekonomi di setiap negeri kerjasama UITM dan PBB

KUALA LUMPUR: Khalifah World Global ditubuhkan pada Januari 2012 menyediakan perkhidmatan pengurusan dan khidmat nasihat dalam bidang manusia, pembangunan sumber, pengurusan perniagaan, jualan & pemasaran.

Ketua Operasi Khalifah World Global, Sharifah Anizah Al Hady berkata, Pelan Pemerkasaan Ekonomi bertujuan untuk memberi pendidikan dan memberdayakan pemilik perniagaan serta vendor dengan menyediakan platform untuk usahawan mengintegrasikan teknologi terkini, mengekalkan kestabilan perniagaan, dan memperluas rangkaian mereka melalui pelbagai aktiviti yang menarik.

Untuk Pelan Pemerkasaan Ekonomi, kerjasama antara Fakulti Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UITM) dan Provident Banc Berhad (PBB) sebagai penaja utama.

Karnival Pemerkasaan Ekonomi diharap dapat menjadi platform utama dalam memperkenalkan inisiatif baru dalam sektor perniagaan dan ekonomi, serta memberikan impak positif terhadap pembangunan ekosistem usahawan tempatan.

“Karnival ini bukan sahaja menjadi platform bagi pameran produk dan perkhidmatan, tetapi juga tempat di mana usahawan tempatan boleh mendapat ilmu dan sokongan dalam mengembangkan perniagaan mereka melalui pembiayaan, teknologi, dan kemahiran pengurusan yang lebih baik.

“Penglibatan pelajar UITM adalah dengan memberikan latihan dalam pengurusan acara dan keusahawanan dalam siri ‘Jelajah Permerkasaan Ekonomi Digital’ yang akan dilancarkan pada setiap negeri bermula awal tahun depan iaitu 2025.

“Pelajar yang terlibat akan mendapat pengalaman sebenar dalam ilmu keusahawanan dan memberikan kelebihan kepada pelajar sebelum melangkah ke dunia luar.

Tambah beliau, selain aktiviti-aktiviti yang menghiburkan, pelbagai program yang memberi manfaat kepada usahawan turut diatur sepanjang karnival ini, termasuk penjualan oleh vendor-vendor tempatan, persembahan artis terkenal tanah air, persembahan.

“Sepanjang tiga hari karnival ini berlangsung, usahawan juga berpeluang menyertai bengkel-bengkel mengenai pemasaran digital dan kecerdasan buatan (AI) yang akan memberi peluang kepada usahawan untuk memperkukuh kehadiran dalam talian, meningkatkan penglibatan pelanggan, dan memanfaatkan teknologi AI dalam membuat keputusan yang lebih baik serta meningkatkan kecekapan operasi.

Sharifah menambah, “Program ini diharapkan dapat memberi peluang kepada usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih efektif dan memanfaatkan teknologi terkini.”

“Acara utama makan malam gala, pameran keusahawanan, pertandingan boling dan snuker, pertandingan e-sukan serta seminar informatif yang akan dikenali kan oleh agensi-agensi kerajaan,” katanya.

Seramai lebih 100 usahawan daripada pelbagai bidang menyertai Karnival Pemerkasaan Ekonomi 2024 bertempat di UTM Hotel & Residensi, di sini bermula 20 hingga 22 Disember.

Karnival ini adalah hasil inisiatif Khalifah World Global Sdn Bhd dengan kerjasama RediPay dan penaja utama Provident Banc Berhad (PBB), yang memberi peluang kepada usahawan dan vendor tempatan untuk memperkasa perniagaan mereka melalui pelbagai aktiviti menarik.

Menurut Sharifah, penglibatan PBB ini bukan sahaja memberi suntikan semangat kepada penganjuran acara tetapi juga mengukuhkan lagi tujuan karnival ini iaitu untuk memberi peluang kepada para usahawan untuk mengakses pelbagai pengetahuan dan peluang perniagaan yang boleh membawa kepada kejayaan jangka panjang.

“Keberadaan PBB sebagai penaja utama akan memberi impak yang besar kepada karnival ini, terutamanya dalam memperkenalkan penyelesaian kewangan yang relevan kepada para usahawan yang sedang berkembang. Kami amat berterima kasih atas sokongan mereka dalam menjayakan acara ini,” katanya.

Dengan penyertaan PBB, karnival ini dijangka akan menjadi lebih lengkap, bukan sahaja dengan pelbagai aktiviti menarik tetapi juga dengan pengetahuan yang berguna bagi usahawan untuk menguruskan perniagaan mereka dengan lebih berkesan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *