KPDN Perketat Kawalan: Kenderaan Asing Dilarang Beli RON95 Mulai 1 April


PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkukuh penguatkuasaan bagi mengekang ketirisan dan memastikan kestabilan bekalan barang kawalan negara, selaras dengan saranan Perdana Menteri.

Bermula 1 April 2026, larangan penjualan dan pembelian minyak Petrol RON95 oleh kenderaan berdaftar asing akan dikuatkuasakan sepenuhnya. Langkah ini bagi memastikan subsidi dinikmati rakyat Malaysia sahaja. KPDN memberi amaran tegas bahawa pemilik kenderaan asing atau pengusaha stesen minyak yang ingkar akan berdepan tindakan undang-undang tanpa kompromi.

Had Belian Diesel di Sabah, Sarawak & Labuan

Serentak dengan itu, mulai tarikh sama, semua pelesen stesen minyak di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diarah melaksanakan kawalan jualan diesel mengikut kategori kenderaan dengan had setiap transaksi:

· 50 liter
· 100 liter
· 150 liter

Langkah ini penting bagi memastikan subsidi diesel RM2.15 seliter tidak dieksploitasi sindiket penyeludupan atau sektor industri yang tidak layak.

2,400 Pegawai Bersiap Sedia

Dalam aspek penguatkuasaan, seramai 2,400 pegawai penguat kuasa KPDN di seluruh negara berada dalam kesiapsiagaan tinggi. Melalui OPS TIRIS 4.0, KPDN memperkukuh kerjasama strategik dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), PDRM dan agensi lain bagi menutup ruang penyelewengan.

KPDN menegaskan bahawa sebarang cubaan mengambil kesempatan dalam situasi ketidaktentuan geopolitik semasa tidak akan dikompromi, dan ia dianggap sebagai pengkhianatan terhadap kepentingan rakyat dan negara.

Seluruh rakyat diseru menyokong gerakan KITA GEMPUR (Gerakan Membasmi Manipulasi dan Ketirisan) demi manfaat bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *