Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan menjalankan siasatan susulan aduan tular mengenai harga karipap RM2.50 sebiji di Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.

Hasil pemeriksaan mendapati tanda harga dipamerkan dengan jelas iaitu RM10 bagi empat biji untuk setiap jenis karipap. Pekerja gerai memaklumkan harga tersebut kekal sama seperti tahun 2025 walaupun kos pembekal meningkat.
Pihak kementerian turut mengeluarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) melibatkan lima jenis karipap — kentang, sardin, ayam, daging dan daging BP.
Peniaga diberi tempoh tiga hari bekerja sehingga 25 Februari 2026 untuk mengemukakan maklum balas.
Pemantauan berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang serta melindungi kepentingan pengguna.
-Mohd Sairu-



