Tuesday, 10 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Kembara Al-Haramain 2027 Bawa Misi Pengukuhan Iman ke Mekah, Madinah dan QatarDecathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

PERKESO Arah Kaji Penyetaraan Perlindungan Formal–Informal Melalui Konsep ‘Portable’

SUNGAI BULOH – Kerajaan mengarahkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi mewujudkan tahap perlindungan yang setara antara pekerja sektor formal dan tidak formal, menerusi pendekatan skim yang bersifat portable atau mudah alih.

Langkah reformasi yang dirintis Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) itu bertujuan menutup jurang keselamatan sosial serta memastikan kesinambungan caruman dan perlindungan kerjaya walaupun berlaku peralihan sektor pekerjaan.

Menterinya, Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, berkata usaha berkenaan selari dengan tekad kerajaan untuk menjamin kebajikan pekerja tanpa mengira bentuk pekerjaan mereka.

“Kita mahu memastikan skim LINDUNG Pekerja dan skim LINDUNG Kendiri mempunyai nilai yang sama rata. Inilah maksud sebenar keadilan sosial dan prinsip MADANI yang kita perjuangkan selama ini, dan ia bakal diterjemahkan dalam segenap dasar kerajaan,” katanya.

Menurut beliau, KESUMA dan PERKESO akan terus memacu pembaharuan secara proaktif, termasuk kebajikan 3.26 juta pekerja sektor tidak formal serta pengiktirafan peranan 1.2 juta penggiat gig sebagai pemacu ekonomi negara.

Ramanan berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina KESUMA–PERKESO LINDUNG 2026 di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan; Ketua Setiausaha KESUMA, Datuk Azman Mohd Yusof; Pengerusi Lembaga PERKESO, Dato’ Sri Subahan Kamal; serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, bersama barisan pengurusan tertinggi dan pemimpin masyarakat setempat.

Prestasi Kukuh & Reformasi 2026
Dalam perkembangan berkaitan, Ramanan memaklumkan PERKESO menyalurkan faedah berjumlah RM6.65 bilion sepanjang 2025 merentasi empat akta seliaan agensi itu—peningkatan 8.34 peratus berbanding RM6.1 bilion pada 2024—dengan manfaat dinikmati lebih 1.15 juta penerima di seluruh negara.

Beliau turut mengumumkan tiga reformasi dasar KESUMA melalui PERKESO yang dijangka dilaksanakan tahun ini:
LINDUNG 24 Jam – bagi menutup kelompangan sistem sedia ada, dijangka seawal suku kedua 2026.

Penguatkuasaan Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) – bermula Mac.
Skim Pengembara – untuk pencarum LINDUNG Kendiri, disasar menjelang hujung tahun. Reformasi ini, katanya, menjadi pemangkin kepada sistem perlindungan sosial yang lebih adil, inklusif dan mampan untuk semua pekerja di Malaysia.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *