PRESMA, Gabungan Persatuan kecewa dengan Kenyataan KDN, mohon kerajaan lanjutkan tempoh VDR
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan Gabungan persatuan-persatuan peniagaan dan Industri di Malaysia berasa kecewa dengan pengumuman oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang dikeluarkan pada 1 Mac 2024 mengenai pambatalan kuota pekerja asing yang belum memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) sebelum 31 Mac 2024 telah menimbulkan kebimbangan dan kegelisahan dikalangan majikan diseluruh negara.
Dengan pengumuman yang tergempar ini telah menghantar gelombang kejutan melalui komuniti perniagaan, meninggalkan ramai majikan berkejar-kejar untuk mengambil pekerja lebih awal dari jadual dan luar daripada jangkaan mereka yang dirancang.
Presiden PRESMA, Datuk Jawahar Ali Taib KHAN berkata, ini telah menyebabkan tekanan dan kebimbangan dan keresahan dikalangan majikan yang kini terpaksa mempercepatkan proses perekrutan pekerja minggu masih tergantungm ereka.
” Oleh kerana Kerajaan telah membekukan pengambilan pekerja asing pada awal tahun 2023 dan juga telah memberhentikan gantian perkerja asing melalui check out memo (COM) maka majikan terpaksa mengambil pekerja baru secara berperingkat
sekiranya kuota mereka masih sah.
” Ada juga pekerja mereka yang berpengalaman telah dihantar balik setelah cukup tempoh maksimum 10 tahun dan mengikut syarat kerajaan pekerja ini terpaksa tunggu 6 bulan sebelum masuk semula dalam kuota
baru yang dinamakan sebagai “cooling period”.
Menurutnya, proses pengambilan pekerja asing adalah satu usaha yang kompleks dan memakan masa, melibatkan beberapa peringkat seperti pemilihan calon, permohonan passport dan ujian perubatan sebelum permohonan VDR.
” Lonjakan mendadak dalam permintaan untuk pekerja asing telah memperburukkan cabaran yang berkaitan dengan proses ini, berpotensi menyebabkan kesesakan dipejabat imigresen dan masa menunggu yang berpanjangan.
” Kesesakan yang mungkin berlaku di pejabat Imigresen diseluruh negeri tidak hanya mencetuskan cabaran logistik tetapi juga akan mewujudkan peluang bagi individu yang tidak bertanggungjawab untuk mengeksploitasi situasi tersebut untuk keuntungan peribadi.
” Proses dari pemilihan calon pekerja asing iaitu pemeriksaan kesihatan dan
permohonan VDR (visa dengan rujukan, bayaran fee di Imigresen dan kelulusan
Imigresen serta stamping visa di negara sumber anggaran akan mengambil masa lebih dari tiga bulan sebelum pekerja baru tiba di Malaysia.
” Pengumuman untuk tamat permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) pada 31 Mac 2024 dan pengumuman untuk pemulangan levi kuota yang tidak digunakan kepada majikan oleh KDN menimbulkan rasa panik dikalangan majikan kerana mereka perlu memenuhi syarat KDN dengan tergesa gesa.
Tambahnya, di negara sumber pula agensi yang tidak bertauliah akan menawarkan bakal pekerja dengan kadar segera dengan mengenakan agensi fee yang berlebihan dan juga pekerja yang tidak berkualiti dan akhirnya majikan yang akan tersepit mahu tak mahu terpaksa mengambil juga.
“Pejabat Imigresen Malaysia pulak bersesak dengan majikan dan baru baru ini seperti yang dijangka, sistem FWCMS yang mengendalikan proses pengambilan pekerja asing telah tergendala dan tidak berfungsi beberapa hari merumitkan majikan untuk “key in” data pekerja mereka.
“Dengan mengambil kira cabaran & kebimbangan ini, kami dengan hormat nya memohon kepada kerajaan untuk mempertimbangkan semula keputusannya dan melanjuutkan tempoh masa permohonan VDR, sehingga hujung tahun pada 31Disember 2024 untuk memenuhi kewajipan kuota mereka.
Ini akan membolehkan majikan menavigasi proses perekrutan dengan lebih berkesan.
” Kami amat memahami hasrat dan polisi kerajaan untuk mengurangkan khidmat pekerja asing dinegara ini secara berperingkat dan kami sokong untuk memberi komitmen yang tinggi dalam perkara ini.
” Untuk jangka masa yang panjang kami merayu agar sistem gantian pekerja asing melalui Check Out Memo atau Com diperkenalkan semula contoh satu pekerja yang balik ke negara asal diganti dengan satu pekerja baru. Ini serba sedikit akan membantu pihak industri meneruskan perniagaan mereka tanpa terjejas, ” katanya.