PRESMA tidak setuju kenaikan kos pemeriksaan perubatan pekerja asing

  • January 20, 2024
  • 2 min read
PRESMA tidak setuju kenaikan kos pemeriksaan perubatan pekerja asing

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Federation of Malaysian Business Associations (FMBA) dan Malaysian Indian Muslim Chamber of Commerce and Industry (MIMCOIN) berasa kecewa dengan keputusan Fomema Sdn Bhd untuk meningkatkan yuran dan kekerapan pemeriksaan perubatan setiap tahun untuk pekerja asing tanpa sebarang perbincangan terlebih dahulu dengan pihak berkepentingan.

Persatuan-Persatuan Perniagaan hanya mengetahui tentang kenaikan yuran kesihatan setiap tahun untuk pekerja apabila melawati laman web Fomema. Soalan Persatuan apakah rasionalisi di sebalik keputusan tersebut?

Persatuan-Persatuan Perniagaan juga terasa terkilan sehingga kini, tiada pengumuman rasmi oleh pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan berhubung kenaikan yang dibuat oleh Fomema, yang berkuat kuasa mulai 16 Dis 2023.

“Sebelum ini pekerja asing perlu membuat pemeriksaan kesihatan sehingga tiga tahun secara berterusan dan tidak perlu melakukan sebarang pemeriksaan kesihatan sehingga tujuh tahun.

Keperluan untuk pemeriksaan kesihatan kemudiannya ditukar kepada setiap tahun berselang-seli (bermaksud setahun diperlukan pemeriksaan kesihatan dan tahun yang berikutnya tidak perlu) tetapi kini Fomema menukar pula kepada setiap tahun.”

“Fomema juga secara unilateral menaikkan yuran sebanyak 10% kepada 14 %. Dengan kira-kira dua juta pekerja asing, majikan perlu menanggung [kos] kira-kira RM414 juta setahun untuk pemeriksaan perubatan Fomema pekerja asing,”

Dengan ini, Persatuan-Persatuan Perniagaan Mengesa Pihak yang berkaitan untuk mengadakan perbincagan atau konsultasi terlebih dahulu dengan pihak pemegang taruh sebelum membuat sebarang keputusan atau perubahan.

Kami membantah dengan keputusan tersebut dan menyeru Fomema mengekalkan Fee dan kekerapan pemeriksaan kesihatan untuk Pekerja asing seperti dahulu.

Sebelum pengumuman kenaikan yuran pemeriksaan perubatan pekerja asing, caj oleh Fomema ialah RM190 bagi lelaki dan RM207 bagi pekerja asing wanita meliputi saringan HIV,Hepatitis B, sifilis dan kehamilan, termasuk penggunaan opiat dan kanabis.

Yuran dinaikkan kepada RM207 bagi lelaki dan RM217 bagi perempuan dan diperluaskan kepada tiga kategori baharu iaitu filariasis (cacing gelang), Hepatitis C dan methamphetamine.

Fomema sering memberi keputusan ujian darah “Gagal” apabila pekerja asing di dapati ada kelebihan gula dan juga darah tinggi.

Kedua-dua kondisi ini bukanlah penyakit berjangkit (Non-Communicable Disease) dan boleh diubati. Kami difahamkan bahawa Negara seperti UAE dan Singapura yang mempunyai ramai pekerja asing tidak mengamalkan perkara seperti ini.

Kami juga ingin menyeru Fomema untuk mengkaji semula perkara ini. Ujian saringan kesihatan dikedua Negara tersebut adalah 2 tahun sekali.

Satu Salinan report ujian kesihatan juga perlu di berikan kepada majikan supaya majikan boleh simpan untuk rujukan. Pada masa kini, Fomema tidak memberikan sesalinan report ujian baik kepada pekerja atau para majikan. ‘Ini tidak adil!’ kerana majikan yang membayar kos ujian kesihatan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *