Program Kenduri Dahlia 2.0 Eratkan Silaturahim Warga Kolej dan Pelajar UiTM Puncak Alam

PUNCAK ALAM, 7 Februari 2026 – Kolej Dahlia, UiTM Selangor, Kampus Puncak Alam telah berjaya menganjurkan Program Kenduri Dahlia 2.0 bertempat di Kafeteria Kolej Dahlia pada Sabtu, bermula jam 7.45 malam.

Program ini merupakan inisiatif murni anjuran Warga Kerja Kolej Dahlia dengan penglibatan aktif Staf Residen Kolej (SRK) serta ahli keluarga masing-masing. Penganjuran ini bertujuan menyantuni para pelajar, khususnya mereka yang sedang menghadapi minggu peperiksaan.

Sebahagian daripada Staf Residen Kolej (Warden) yang bertungfkus lumus menyediakan makanan kepada pelajar

Keunikan program ini terserlah apabila semua juadah disediakan sendiri oleh Staf Residen Kolej, warga kerja Kolej Dahlia serta ahli keluarga. Usaha ini mencerminkan semangat kebersamaan, keikhlasan dan budaya berkongsi rezeki dalam komuniti kolej.

Lebih 300 orang pelajar Kolej Dahlia telah menerima manfaat daripada program ini. Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran enam orang pelajar antarabangsa dari Universitas ’Aisyiyah Yogyakarta yang sedang mengikuti program mobiliti pelajar di Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Selangor. Kehadiran mereka menambah nilai kepelbagaian budaya dan mengukuhkan jalinan kerjasama antara institusi.

Penganjuran ini turut meraikan penyertaan enam orang pelajar antarabangsa dari Universitas ’Aisyiyah Yogyakarta yang sedang mengikuti program mobiliti pelajar di Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Selangor

Menurut pihak penganjur, program ini bukan sahaja membantu meringankan beban emosi dan kebajikan pelajar, malah memberi sokongan moral kepada mereka sepanjang musim peperiksaan. Ia juga berperanan merapatkan silaturahim antara SRK, warga kerja Kolej Dahlia dan para pelajar.

Secara keseluruhannya, Program Kenduri Dahlia 2.0 berlangsung dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Penganjur berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform memperkukuh kebajikan pelajar serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga Kolej Dahlia.

Sebahagian daripada Staf Residen Kolej (Warden) yang bertungfkus lumus menyediakan makanan kepada pelajar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *