πππππππ‘ ππ’π£ππ₯ππ¦π π¦ππππππ πππ₯ππππ‘ πππ‘π§π¨ π₯πππ¬ππ§ β πππ§π¨π ππͺπ’π‘
“Saya mahukan gerakan ini (gerakan koperasi) sebagai gerakan yang membantu rakyat. Saya percaya pendekatan melalui koperasi, banyak kita boleh bina (bangunkan) untuk keluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan.”
Demikian antara inti pati ucapan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick ketika mengadakan lawatan rasmi ke ANGKASA di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya hari ini (17 Januari 2023). Hadir sama mengiringi beliau ke lawatan tersebut ialah Timbalan Menteri KUSKOP, YB Senator Saraswathy Kandasami.
Lawatan itu juga merupakan lawatan pertama Datuk Ewon dan Senator Saraswathy ke ANGKASA sejak masing-masing dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri KUSKOP pada awal Disember 2022.
Menurut Datuk Ewon, gerakan koperasi juga perlu diberikan bantuan sama seperti syarikat atau organisasi yang lain agar gerakan itu dapat merancakkan lagi aktiviti ekonomi dalam sektor-sektor utama.
Tambah beliau, selain Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa), pihaknya akan turut melibatkan ANGKASA dalam perbincangan mengenai pembangunan perniagaan koperasi dan akan meneliti isu-isu yang telah dibangkitkan oleh ANGKASA.
Sementara itu, Presiden ANGKASA merangkap Presiden πππππ ππ°-π°π±π¦π³π’π΅πͺπ·π¦ ππ³π¨π’π―πͺπ»π’π΅πͺπ°π―, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyatakan harapan ANGKASA berkaitan langkah untuk memperbaiki ekosistem sektor koperasi.
Katanya, ANGKASA berharap agar gerakan koperasi dapat diiktiraf sama dengan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
“Kalau (koperasi) tak sama (pengiktirafan) pun tak apa, tetapi pakej insentif dan keistimewaan lain yang diterima oleh perusahaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia turut dapat dinikmati oleh koperasi,” ujar beliau.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga berharap pihak kerajaan dapat mengkaji semula dan seterusnya memperbaiki akta serta undang-undang tidak mesra koperasi yang dilihat mengekang pertumbuhan dan perkembangan perniagaan koperasi dalam pasaran terbuka.
Pada majlis yang sama, turut berlangsung sesi taklimat mengenai aktiviti dan pencapaian ANGKASA yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Datoβ Haji Abdullah Jusoh.
Hadir sama ke majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh, Pengerusi Eksekutif SKM, Tuan Rusli Jaafar dan Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mansor.
Barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Datoβ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Datoβ Haji Kamarudin Ismail, Dr. Haji Mohd Azlan Yahya, Datoβ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Encik Azizul Alias serta barisan pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri.