1 INISIATIF BANTUAN TUNAI KERAJAAN NEGERI SABAH MELALUI SYUKUR

Kerajaan Madani terus komited untuk melaksanakan pelbagai strategi dan
pendekatan dalam menangani isu kos sara hidup rakyat termasuk melalui
pemberian bantuan tunai. Antaranya, melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Untuk tahun 2025, sebanyak RM13
bilion diperuntukkan untuk program STR dan SARA, iaitu peningkatan RM3 bilion
berbanding tahun 2024. Daripada jumlah tersebut, RM8 bilion diperuntukkan
untuk STR manakala RM5 bilion pula untuk pelaksanaan SARA.
Pemberian bantuan melalui STR dan SARA akan memberi manfaat kepada 5.4
juta penerima berpendapatan rendah khususnya dalam senarai e-kasih daripada
kategori isi rumah, warga emas tanpa pasangan dan golongan bujang. Ini
merangkumi lebih 120,000 penerima di negeri Sabah dan 110,000 penerima di
negeri Sarawak.
Dalam masa yang sama, selain usaha di peringkat Kerajaan Persekutuan, saya
juga ingin menzahirkan penghargaan terhadap Kerajaan-Kerajaan Negeri yang
melaksanakan program khusus untuk membantu rakyat menangani kos sara
hidup. Bantuan tunai oleh Kerajaan Negeri sudah tentulah akan memberi nilai
tambah kepada rakyat dalam usaha membantu mengatasi isu kos sara hidup.
Sebagai contoh, pelaksanaan program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
(SYUKUR), iaitu program pemberian bantuan tunai yang diperkenalkan oleh
kerajaan negeri Sabah untuk membantu golongan yang memerlukan, khususnya
mereka yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar. Melalui program
ini, penerima yang layak akan diberikan bantuan tunai berjumlah RM300 sebulan
yang akan diberikan secara berkala sama ada dikreditkan ke dalam akaun bank,
akaun aplikasi e-Wallet YONO atau secara tunai melalui kaunter yang ditetapkan.
Untuk tahun 2025 ini, disasarkan seramai 100,000 penerima dalam kalangan
ketua isi rumah miskin dan miskin tegar akan mendapat manfaat daripada
pelaksanaan program SYUKUR ini. Bagi fasa pertama (Januari hingga Mac
2025), seramai 72,039 ketua isi rumah telah disenaraikan menerima bantuan
tunai SYUKUR di seluruh Sabah termasuk 1,544 ketua isi rumah dalam Parlimen
Papar.
Pemberian bantuan tunai merupakan salah satu bentuk ekosistem perlindungan
sosial bersasar yang mempunyai impak langsung kepada penerima. Ini kerana ia
memberi fleksibiliti kepada penerima dalam mengatur atau menentukan sendiri
perbelanjaan sama ada bagi kegunaan membeli barangan keperluan seperti
makanan, pendidikan dan perkhidmatan mengikut keperluan semasa isi rumah.
Perkara ini turut disokong oleh laporan “Ranjau Sepanjang Jalan” yang
dikeluarkan oleh United Nations Children’s Fund (UNICEF) pada Mei 2024 yang
melakukan tinjauan tentang impak kos sara hidup pasca pandemik terhadap isi
rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur. Antara dapatan utama laporan
tersebut yang terkait dengan bantuan tunai: