ISU RUMAH IBADAT TANPA KELULUSAN DAN PERHIMPUNAN PROTES ANTI RUMAH ANUTAN HARAM (GARAH)

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memandang serius reaksi awam
berhubung isu rumah ibadat yang didakwa dibina tanpa kelulusan serta
perhimpunan protes oleh Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH).

Isu ini perlu ditangani secara berhemah dan berteraskan semangat perpaduan
nasional bagi memelihara keharmonian antara kaum dan agama. Kerajaan
MADANI kekal komited menghormati kebebasan beragama seperti dijamin
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, serta menegaskan bahawa segala
urusan berkaitan rumah ibadat hendaklah diselesaikan mengikut undangundang dan bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.

Sehubungan itu, semua
pihak harus mengutamakan dialog serta rundingan bersama pihak
berkepentingan dalam mencari penyelesaian, serta mengelakkan sebarang tindakan tergesa-gesa yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.


KPN juga menyokong penuh usaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan
tempatan (KPKT) melaksanakan pemutihan rumah ibadat yang dibina tanpa
kebenaran melalui pendekatan kerjasama, rundingan dan penyelesaian
harmoni, selaras dengan prinsip perpaduan nasional serta tadbir urus yang
berlandaskan undang-undang.

Menjunjung kasih menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, bagi mempersembahkan perkembangan semasa perpaduan negara.
Kementerian Perpaduan Negara menyambut baik titah Baginda agar isu pembinaan rumah ibadat dipatuhi mengikut undang-undang dan tidak dipolitikkan. Titah tersebut menjadi panduan penting dalam memelihara keharmonian dan saling menghormati.
Dalam sesi itu, kementerian turut membentangkan mekanisme pengurusan isu perpaduan termasuk pemetaan hotspot, sistem aduan RAKAN, mediasi komuniti, cadangan penubuhan PRISMA serta dapatan Indeks Perpaduan Nasional 2025.

Kementerian komited memperkukuh perpaduan dan menyeru semua pihak mengelakkan kenyataan atau tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *