β€œPelarasan Fiskal Langkah Bertanggungjawab Demi Kelestarian Ekonomi Negara”

πŠπ„π“π”π€ π€ππ†πŠπ€π“π€π πŒπ”πƒπ€ πŠπ„π€πƒπˆπ‹π€π (π€πŒπŠ) ππ”πŠπˆπ“ πŒπ„π‘π“π€π‰π€πŒ

Angkatan Muda KEADILAN Bukit Mertajam (AMKBM) mengambil maklum pelbagai reaksi berhubung cadangan penyelarasan peruntukan melibatkan sektor kesihatan dan pendidikan tinggi.

AMKBM berpandangan bahawa isu ini perlu dinilai dalam kerangka yang lebih menyeluruh, berteraskan realiti ekonomi semasa serta prinsip pengurusan fiskal yang bertanggungjawab dan berhemah.

Dalam persekitaran global yang kekal mencabar hari in dibuktikan dengan faktor-faktor kadar faedah antarabangsa yang tinggi, tekanan inflasi import serta ketidaktentuan geopolitik yang menjejaskan rantaian bekalan pelbagai, Malaysia turut berdepan tekanan yang memerlukan pendekatan dasar yang berhati-hati dan berimbang.

Justeru, pengurusan fiskal yang berdisiplin, termasuk kawalan defisit dan pengoptimuman dan keberkesanan perbelanjaan, adalah langkah penting dan terbaik bagi memastikan kestabilan ekonomi serta mengekalkan keyakinan pelabur terhadap negara.

Sehubungan itu, cadangan pelarasan peruntukan tidak wajar ditafsirkan dengan pemikiran dan naratif sempit sebagai langkah pengabaian kerajaan terhadap sector-sektor kritikal.

Sebaliknya, ia merupakan sebahagian daripada usaha penyusunan semula keutamaan perbelanjaan negara yang lebih strategik, termasuk mengurangkan ketirisan, menilai semula perbelanjaan berimpak rendah serta memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

Fokus utama kerajaan kekal kepada memastikan rakyat terus menikmati perkhidmatan yang berkualiti, inklusif dan berkesan demi manfaat semua.

AMKBM turut menegaskan bahawa pendekatan perbelanjaan bersasar (targeted spending) adalah lebih tepat dalam keadaan semasa. Penyaluran sumber secara lebih efektif kepada golongan yang benar-benar memerlukan, disertai penekanan kepada keberhasilan dan impak, akan memastikan setiap peruntukan memberi pulangan sosial yang maksimum dan berkesan buat rakyat.

Dalam masa yang sama, AMKBM menangkis kenyataan yang dibangkitkan oleh Takiyuddin Hassan yang cuba menggambarkan pelarasan ini sebagai langkah yang menjejaskan kepentingan rakyat secara menyeluruh. Kenyataan sedemikian dilihat tidak mengambil kira keseluruhan konteks pengurusan fiskal negara serta keperluan untuk memastikan kelestarian ekonomi dalam jangka masa Panjang dan kenyataan ini bersifat politik.

Perbahasan mengenai dasar ekonomi negara tidak seharusnya dipolitikkan secara berlebihan sehingga menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat. Sebaliknya, semua pihak termasuk pembangkang perlu mengambil pendekatan yang lebih konstruktif dengan mengemukakan cadangan penyelesaian serta alternatif dasar yang praktikal dan berasaskan realiti ekonomi semasa. Pendekatan berteraskan fakta, data dan tanggungjawab bersama adalah asas kepada wacana dasar yang sihat dan matang.

Hakikatnya, pengurusan negara menuntut keseimbangan yang teliti antara memenuhi keperluan semasa rakyat dan menjamin kelestarian kewangan negara untuk generasi akan datang. Dalam konteks ini, setiap keputusan fiskal yang diambil perlu dilihat sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk memastikan daya tahan ekonomi negara terus terpelihara.

Kerajaan MADANI kekal komited untuk memperkukuh sistem kesihatan awam, menjamin akses pendidikan berkualiti serta melindungi kebajikan rakyat, khususnya golongan rentan. Sebarang pelarasan yang dilaksanakan adalah bertujuan memastikan sistem ini bukan sahaja berfungsi pada hari ini, tetapi terus mampan dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran masa hadapan serta mengambil kira kesan jangka masa panjang.

Sehubungan itu, AMKBM menyeru agar semua pihak menghentikan polemik yang tidak membina dan sebaliknya bersama-sama menggembleng tenaga, idea serta kepakaran ke arah memperkukuh dasar ekonomi negara. Masa depan Malaysia menuntut kepimpinan yang berani membuat keputusan sukar, serta kematangan semua pihak untuk menyumbang ke arah penyelesaian, bukan merentasi perbezaan.

ABSHAR NURASYRAF BIN AMRAM

Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan & Kemasyarakatan AMK Malaysia

Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *