Jenayah rasuah adalah satu bentuk kesalahan jenayah yang boleh ditangkap tanpa waran tangkap oleh mahkamah. Perkara ini adalah seperti dinyatakan di bawah Seksyen 49(1), Akta SPRM 2009. Mengikut undang-undang yang berkuat kuasa di negara ini, jenayah rasuah boleh ditangkap tanpa waran oleh pihak berikut:
a) Pegawai SPRM;
b) Pegawai Polis (Seksyen 23, Kanun Prosedur Jenayah);
c) Penghulu (Seksyen 23, Kanun Prosedur Jenayah);
d) Majistret atau Jaksa Pendamai (Seksyen 23, Kanun Prosedur Jenayah); dan
e) Orang awam (Seksyen 27, Kanun Prosedur Jenayah).

Oleh demikian itu, sekiranya anda sebagai orang awam (sebagai Deniaga, kontraktor dan sebagainya) jika diminta suapan rasuah leh mana-mana pegawai awam atau swasta yang ada urusan asmi dengan anda. Tindakan berikut boleh dilakukan;
a) Memberi amaran bahawa perbuatan meminta atau menerima suapan rasuah adalah satu kesalahan jenayah;
b) Jika orang itu masih meminta atau masih meneruskan niatnya untuk meminta suapan rasuah, maka tangkapan boleh dibuat atas kapasiti sebagai tangkapan oleh orang awam; dan
c) Anda hendaklah secepat mungkin menyerahkan orang itu kepada pejabat SPRM atau mana-mana Balai Polis terdekat untuk tindakan selanjutnya.
Walau bagaimanapun jika anda tidak berani untuk melakukan tangkapan, hendaklah seberapa segera melaporkan perbuatan itu kepada pihak SPRM secepat mungkin.



