BELANJAWAN 2025: PERKUKUHKAN SEKTOR PERLADANGAN DAN KOMODITI

  • October 19, 2024
  • 2 min read
BELANJAWAN 2025: PERKUKUHKAN SEKTOR PERLADANGAN DAN KOMODITI

KUALA LUMPUR, 19 OKTOBER 2024 – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA) menyifatkan pengumuman Kerajaan sebagai langkah positif apabila
menekankan usaha memperkukuh sektor perladangan dan komoditi, khususnya dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion kepada FELDA, FELCRA dan RISDA.

Salah satu langkah penting yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri adalah kenaikan nilai ambang levi keuntungan luar biasa ke atas buah kelapa sawit, iaitu kepada RM3,150 bagi Semenanjung Malaysia dan RM3,650 bagi Sabah dan Sarawak.

Encik Izham Mustaffa, Timbalan Pengarah Besar Operasi FELDA, menyatakan sokongan penuh terhadap langkah ini. Menurut beliau, ” Kenaikan ambang levi ini juga dijangka memberi manfaat tidak langsung kepada peneroka melalui peningkatan
pendapatan FELDA, khususnya melalui FGV Holdings Berhad (FGVHB), yang dapat menambah nilai keuntungan syarikat untuk kesejahteraan warga FELDA.”
“Semakan semula struktur julat harga pasaran dan kadar duti eksport minyak sawit mentah yang akan bermula pada 1 November 2024. Ia diyakini akan memastikan harga pasaran sawit kekal stabil, seterusnya memberikan pendapatan yang lebih mampan kepada pekebun kecil dan peneroka.”
Kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 dijangka dapat menarik lebih ramai pekerja tempatan ke sektor perladangan.

Ini menjadikan pekerjaan buruh ladang lebih menarik dan kompetitif serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Langkah-langkah ini menunjukkan komitmen Kerajaan dalam memperkukuh sektor perladangan sawit negara, memastikan ia terus berdaya saing dan menyumbang kepada ekonomi serta kesejahteraan masyarakat peneroka dan pekebun kecil.

DCIM\100MEDIA\DJI_0015.JPG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *