“No Other Land: Dokumentari Yang Menang Oscar Tunjuk Penderitaan Rakyat P.”

  • November 3, 2025
  • 3 min read
“No Other Land: Dokumentari Yang Menang Oscar Tunjuk Penderitaan Rakyat P.”

Siapa sangka, dalam dunia hiburan yang selalunya tunduk pada agenda politik, ada satu filem kecil dari P yang berjaya goncang Hollywood dan menang Oscar untuk Filem Dokumentari Terbaik 2025.

Tajuk dia “No Other Land”, hasil kerja empat orang pembikin filem terdiri daripada dua dari P, dua dari Issrrl iaitu Basel Adra, Hamdan Ballal, Yuval Abraham dan Rachel Szor.

Filem ni dirakam selama empat tahun (2019–2023) di kawasan Masafer Yatta, selatan Tebing Barat. Kawasan ni sepatutnya kampung halaman orang P, tapi tentera Issrrl isytihar sebagai “zon latihan ketenteraan”.

Alasan dia konon untuk keselamatan, tapi hakikatnya nak halau penduduk P supaya penempatan haram Yahudi boleh diperluas.

Basel Adra, aktivis muda P guna kamera sebagai senjata. Dia rakam satu demi satu kezaliman seperti rumah diroboh, sekolah dimusnahkan, telaga disimen dan ada satu babak menyayat hati bila seorang pemuda ditembak lumpuh sebab nak halang askar Issrrl rampas penjana elektrik keluarganya. Mak dia terpaksa jaga anak tu dalam gua sebab rumah dah habis dihancurkan.

Apa yang buat dokumentari ni luar biasa, Basel tak keseorangan. Dia ditemani Yuval Abraham, wartawan Yahudi-Issrrl yang sanggup berdiri bersama dia.

Tempat tinggal dua orang ni cuma berjarak 30 minit, tapi dunia mereka berbeza langit dan bumi. Yuval bebas ke mana-mana, bawah undang-undang sivil Issrrl. Tapi Basel? Hidup dikongkong undang-undang tentera. Tak ada hak mengundi, tak boleh keluar sesuka hati.

Mereka dua ni jadi lambang harapan kecil dalam dunia yang penuh kebencian. Dua manusia dari dua sisi, tapi lawan sistem yang sama.

Masa naik pentas Oscar, Basel cakap, “dua bulan lepas saya jadi ayah. Saya cuma harap anak saya nanti takkan hidup dalam ketakutan, takkan nampak rumahnya diroboh, dan takkan rasa derita yang sama macam saya.”

Yuval pula tambah. “Saya dan Basel berdiri di sini sebab kami percaya suara kami lebih kuat bila bersatu. Tapi di tanah kami, saya bebas, Basel tidak. Itu bukan keselamatan, itu penindasan. Takkan ada keselamatan untuk mana-mana pihak kalau P masih ditindas.”

Sejak debut di Berlinale 2024, No Other Land menang anugerah bertubi-tubi seperti di Berlin, New York, London, Busan. Semua bagi tepukan gemuruh.

The Guardian puji filem ni sebagai “cermin paling jujur tentang realiti P hari ini.” IndieWire pula kata, “kamera dalam filem ni lebih tajam dari mana-mana peluru.”

Tapi macam biasa, bila kebenaran keluar dari P, mesti ada yang tak senang. Menteri Kebudayaan Issrrl, Miki Zohar kecam filem ni sebagai “saat paling menyedihkan dalam dunia filem.”

Kononnya sebab ia “burukkan nama Issrrl”. Ironinya, pihak pro-P sendiri ada yang kritik sebab pengarahnya turut libatkan orang Issrrl. Tapi ramai yang bangkit pertahankan, termasuk Majlis Kampung Masafer Yatta. Dia kata “Yuval bukan penjajah. Dia saksi. Dia tidur dengan kami, dia diserang dengan kami. Tanpa dia, dunia mungkin tak tahu pun apa yang kami lalui.”

Dan walaupun dah menang Oscar, filem ni tetap susah nak dapat pengedar di Amerika. Banyak syarikat tolak atas alasan “isu politik sensitif.” Akhirnya pasukan pembikin sendiri tayang secara bebas, hasil kutipan disalurkan terus kepada penduduk Masafer Yatta yang masih berjuang pertahan tanah mereka.

No Other Land ialah paparan jeritan dari bumi yang sedang hancur, rakaman dari orang yang dah hilang segalanya kecuali keberanian. Bila dunia terus menutup mata, kamera jadi saksi bahawa walau tanah mereka dirampas, suara P tetap hidup.

Oleh: Azizul Farhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *