Monday, 9 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Pemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.JWN Anjur Tiga Program Perdana Perkukuh Pengurusan dan Pelestarian Warisan NegaraFirdaus Wong Duta Kembara Al-Haramain, Misi Lahirkan Da’i dan Pendakwah Pelapis

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

Pasca pengumuman penghargaan untuk rakyat Malaysia oleh YAB Perdana Menteri.

23 JULAI 2025, Pengumuman Penghargaan untuk Rakyat Malaysia hari ini oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri adalah merupakan berita baik yang mencerminkan keprihatinan dan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk terus mengutamakan kebajikan rakyat sambil memastikan kedudukan kewangan negara kekal terpelihara.

Pemberian beberapa inisiatif penghargaan kepada rakyat Malaysia ini bukan sahaja membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup, tetapi juga menggalakkan peredaran ekonomi dalam negara. Antara yang dapat memberi impak langsung kepada rakyat termasuk penurunan harga petrol bermula Oktober, penangguhan kenaikan tol sehingga hujung tahun dan pemberian tunai sejumlah RM22 juta kepada rakyat berumur 18 tahun ke atas.

Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, YAB Perdana Menteri telah memilih untuk mendahulukan usaha pemulihan ekonomi negara sebelum melaksanakan janji-janji besar yang pernah dinyatakan.

Keputusan ini dibuat dengan penuh pertimbangan terhadap kemampuan fiskal negara dan keperluan rakyat. Apabila kadar inflasi kini berada pada paras 1.5%, aliran masuk pelaburan asing meningkat, dan nilai ringgit kembali kukuh, maka tiba masanya untuk rakyat merasai hasil usaha tersebut.

Penangguhan kenaikan tol dan pemberian tunai ini sangat signifikan, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah yang membelanjakan sebahagian besar pendapatan mereka untuk makanan dan pengangkutan.

Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya melihat secara langsung bagaimana pentadbiran ini menekankan kawalan ketirisan, pengurusan perbelanjaan secara berhemah dan penolakan terhadap rasuah. Hasilnya kini dikembalikan kepada rakyat.

Inilah makna sebenar kerajaan MADANI yang bertanggungjawab – bukan hanya menabur janji, tetapi menunaikannya dengan integriti dan keutamaan kepada rakyat.

MalaysiaMadani

MadaniBekerja

RancakkanMadani

ReformMadaniKDN

KementerianDalamNegeri

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *